Artis / Selebriti
” Turn Abang Long kena usik, cepu emas tu soalan.. ” – Komen Netizen
Video Aidil Aziz mengusik Fattah Amin dengan soalan cepu emas buat ramai terhibur. Nampak cuak terus Fattah tapi pandai pula Fattah cover jawapan lain ye, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Aidil Aziz, perkongsian sebuah video yang memaparkan Aidil mengusik Fattah Amin dengan bertanya satu soalan cepu emas telah membuatkan ramai berasa terhibur. Aidil telah bertanya di manakah pasangan Fattah.
Video tersebut dirakamkan di Absolut Bazaar yang mana ramai rakan artis yang berniaga di sana. Melihatkan Fattah yang keseorangan, Aidil mengusik dengan menyatakan selalunya berdua yang merujuk kepada Amira Othman. Namun lain pula jawapan yang diberi oleh Fattah.
Fattah seolah-olah tahu apa yang dimaksudkan oleh Aidil tetapi cuba memberi jawapan yang berbeza. Amboi, Fattah masih nak cover-cover lagi ke walaupun ramai rakan artis suka mengusik Fattah dan juga Amira. Kali ini, Fattah pula kena sakat.

Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Fattah pun nampak agak terkejut apabila mendengar soalan Aidil itu. Tidak kurang juga kedengaran suara Fasha yang merakamkan video ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Cepu mas tu soalan.. Hahaha terus Abg long ingat kak long.. Turn abang long kena usik..Best jgk ehh skali skala Fattah yg kena sakat.. “
” Aidil & soalan cepumas berpisah tiada.. terbaik kwn support.. First time dpt jumpa awak semlm . Terima kasih sudi layan kerenah kami semua.. “
” Hensem aidil hensem lg fatah..alahai fatah nape hensem sgt ni… Hahahah ghisauuu sana sini usik depa.. Sempat lagi eh last tu support YANG.. “
” Amboii pandai Aidil mengusik Fattah yee ingat dekat kaklong dia, cuak terus ekkk muka abglong.. abg long lak blushing.. “
” Hhhhh habes kena usik fattahaminz oleh rakan baik artis itsaidilaziz . Nak buat mcmana , semua artis dah approved kot ngan kaklong amiraaothman .. “
” Fattah nampak terkejut kena soklan cepu cemas tu.. pandai konon nak cover tapi sebenarnya teringat kan kak long amirahh kan.. “
” Haha.. nasib lah fattah.. memang ramai nak sakat tu.. slalu mana ada abang long situ ada kak long.. mestilah kena soalan.. “
Sama ada Fattah dan Amira mempunyai hubungan yang istimewa atau tidak, hanya mereka sahaja mengetahuinya. Mungkin belum sampai masa yang sesuai untuk dikhabarkan kepada umum. Apa pun semoga yang baik-baik sahaja buat mereka berdua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aidil Aziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

