Artis / Selebriti
” Touching dengar ucapan daripada Mama YB untuk Abuyah.. ” – Komen Netizen
YB Syed Saddiq kongsi video sekitar sambutan hari lahir bapanya raih perhatian ramai. Wah, Bella Astillah pun ada sekali. Tersentuh dengar kata-kata Mama YB untuk Abuyah..
Meninjau di akaun Instagram milik Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq telah dikongsikan video yang memaparkan sekitar majlis sambutan hari lahir bapanya, Syed Abdul Rahman. Menerusi video tersebut, dapat dilihat majlis diadakan di sebuah restoran.
Turut hadir ke majlis adalah adik-beradik YB Saddiq dan kelihatan teman istimewa YB Saddiq iaitu Bella Astillah juga ada bersama. Bapa YB Saddiq yang mesra dengan panggilan Abuyah kelihatan begitu gembira dengan majlis yang diadakan untuknya itu.
Pada majlis tersebut, Mama YB Syed Saddiq memberikan ucapan istimewa buat Abuyah yang menyambut ulangtahun yang ke 72 tahun. Kelihatan kesemua yang hadir memberikan kotak hadiah kepada Abuyah dan Abuyah membukanya satu persatu.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan tersentuh mendengar kata-kata yang diucapakan oleh Mama YB Saddiq kepada Abuyah. Bukan itu sahaja, hadiah yang diberikan Bella kepada Abuyah juga turut mencuri perhatian.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian video ini, ramai yang turut memberikan kata-kata ucapan buat Abuyah. Antara komen-komen warganet adalah :
” Touching tau dengar ucapan daripada Mama YB untuk Abuyah.. tapi seriously Abuyah look much younger than 72, semoga sentiasa sihat & panjang umur.. “
” Happy Birthday Abuyah YB Syed Saddiq .. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan sihat selalu bahagia bersama keluarga.. “
” Wuaaa kita lak nangis.. Happy Birthday Abuyah.. Semoga terus kekal sihat dan bahagia. Video yang sangat bermakna.. “
” Utk pastikan bellaastillah ada dalam video dan tak perlu susah payah rekod dan edit, YB syedsaddiq terus hire budak.tadika. He he , Happy Bday Abuyah , semoga sentiasa dalam rahmatNya.. “
” Happy to be a part of this surprise.. Happy Birthday Abuyah, moga sentiasa diberkati & dikurnia kesihatan serta kebahagiaan. .”
” MasyaAllah tabarakallah alhamdulillah… Semoga abuyah dikurniakan keberkatan dalam hidup,diberikan kesihatan yg baik dan bahagia dunia dan akhirat.. InshaAllah.. Aamiin.. “‘
” Wow bkn calang2 hadiah Bella bagi tu. Alhamdullillah. Baik btl hati Bella ni. Kalau dah syg tak berkira langsung. Tggu jugak kot2 ada yg pelawa Bella suap abuyah kek. Takpe Bella next year insyaAllah. Doa2kan..
Meriah sungguh sambutan hari lahir Abuyah walaupun diadakan dalam keadaan sederhana bersama keluarga tersayang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Abuyah YB Saddiq. Semoga Abuyah terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia bersama keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG syedsaddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakit sangat sangat tengok dan baca kapsyen kak Myza. Menangis teresak-esak saya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi

