Artis / Selebriti
” Tone suaranya mahal, memang gifted lah. Nyanyian dia sampai ke hati.. ” – Komen Netizen
Perkongsian video anak lelaki Siti Nursairah Tarudin, Amad mendendangkan lagu Kesetiaan raih pujian warganet. Fuh goosebumps dengar suara Amad ni, menusuk ke kalbu..
Nama anak lelaki Siti Nursairah Tarudin, Amad mula menjadi sebutan warganet apabila beberapa video nyanyiannya tular di media sosial. Amad merupakan adik kepada Umairah dan Amad juga memiliki bakat menyanyi sama seperti ibu dan kakaknya.
Baru-baru ini, Amad berpeluang menyanyi busking di Bukit Bintang dan suaranya mendapat perhatian ramai. Itu juga merupakan kali kedua Amad menyanyi di hadapan ramai orang. Amad juga aktif menyanyi di live Tiktok bersama Umai dan Sairah.
Meninjau entry di akaun Tiktok Ixorra Design, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Amad bersama Sairah. Banyak lagu yang telah Amad nyanyikan sepanjang live ini berlangsung. Salah satunya adalah lagu popular arwah Siti Sarah berjudul Kesetiaan.

Suara Amad sememangnya merdu dan Amad memiliki auranya tersendiri. Tidak semua orang mampu membawakan lagu Kesetiaan kerana ia memerlukan vokal yang bagus. Amad menyanyikan lagu ini dengan cukup baik dan ada rasa. Boleh meremang mendengar suara lunak merdu Amad itu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cikdiamond123 Mantap Amad 👍👍 @sitinursairahtarudin #kesetiaan #amad #sitisairah #sitisarah #anaksairah
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Adik beradik makan kaset ka suara sedap semua.. Legasi mak Salamah dan arwah pakcik Taruddin, semua suara sedap.. “
” Hat ni sora lg sedap dr umai… gift betoi la ank² buah tokti nie.. berbakat sungguh adik umai ni.. meremang dengar suara dia.. “
” Sedap suara anak buah dato siti.. tone suaranya Mahal.. gifted lah keturunan awak ni. dr mak, anak, cucu.. “
” Berbakat la ank saerah ni.. nyanyian die smpi ke hati.. ni baru nyanyi santai2 je.. Tersentuh hati kecil ni.. “
” Geng tertekan kaset ni. Sedap betul nyanyian keluarga ni. sedapnya suara Amad.. memang gifted la.. “
” Mantap terbaik power.. Berbakat betul anak Sairah ni. aku rasa bakat tokti ni jatuh kat Amad. dia ada karisma.. “
” For his age… his musicality dia sgt tinggi… dia punya improvise mcm penyanyi pro.. the best bila amad tak tukar orginality lagu tu… mantap.. “
Sedap sungguh suara Amad, apatah lagi apabila menyanyikan lagu popular arwah Siti Sarah ini. Lagu Kesetiaan versi lelaki yang sedap didengar dan menyentuh hati. Semoga ada rezeki Amad untuk menyinar dalam industri dan dapat mengetengahkan lagi bakatnya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ixorra Design, Tiktok Siti Sairah Taruddin, Tiktok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen

