Artis / Selebriti
” Time Bella cakap maksud tu, YB terus telan air liur. Blushing teruk dah ni.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah bercakap dalam bahasa Filipina buat YB Syed Saddiq blushing. Wah Mahal Na Mahal Kita eh BASS kali ini. Tersipu-sipu YB Saddiq dengar maksud ayat tu, siap catit kat buku, hehe..
Pasangan kesayangan ramai, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq antara pasangan yang menjadi perbualan ramai. Keserasian dan chemistry antara Bella dan YB Saddiq membuatkan ramai yang teruja setiap kali pasangan ini bersiaran langsung bersama atau pun menyertai mana-mana acara rasmi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Scha….a, telah dikongsikan salah satu sedutan menarik ketika pasangan ini bersiaran langsung untuk produk The Raw. Untuk sesi live kali ini, Bella dan YB Saddiq (BASS) perlu bertanding dengan pasangan LORI iaitu Spacedollah dan Ceo of Row.
Sambil menjual, banyak yang diperbualkan oleh Bella dan YB Saddiq. Ada permintaan daripada viewers ingin mendengar Bella bercakap dalam bahasa Filipina. Ayat Bella yang pertama adalah “ Alam mo bah, ang lahat lahat ang na lalaki ikaw ang sakin ” yang bermaksud ” Tahukah kamu, daripada semua lelaki, kamulah milik aku “.

Perkataan kedua pula yang disebut oleh Bella adalah ‘ Mahal na mahal kita ‘ yang bermaksud I love you. YB Saddiq sememangnya tidak mengetahui perkataan sebegini dan apabila Bella memberitahu maksudnya terus blushing wajah YB. Pengakuan secara terang-terangan dan terbuka ye Bella kali ini.
Jom tonton video di bawah :
@scha…..a ❤️❤️❤️❤️ #bellaastillah #syedsaddiq #BASS bass X the raw
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” YB tak peduli sold out tu. Dia peduli “Mahal na mahal kita” haha. DOKTORRR! SAYA NAK MC.. “
” Yb saja jer bt2 tnya bnyak kli tau mksd mahal na mahal kita tu sbb bella ckp love you.. yg YB suruh ckp lg sekali .. pastu telan air liur YB.. “
” Masa bella cakap ni kami kt umah dah riuh rendah jerit.. Mahal na mahal kita.. Pangako sayo.. kita sorang jer ke rasa nak cryyy tgk vtt yg nihh… haih 2 ketui ni.. “
” Woow Bella so sweet.. aku cinta padamu x ade laki yang aku cinta hanya kmu. woow.. tulis dlm buku pink la yb bru ingt mksud mahal kita.. “
” Time bella cakap maksud tu I love U, YB terus telan air liur haha. blushing teruk dah ni.. “take a note”dia terus amik buku catat.. “
” Pagi2 aku dah senyum macam orang gilaaaa.. dah approve dgn pengakuan Bella dah ucap malu2…. YB yang paling seronok.. “
” “Macam mana? ulang lagi” … smooothhhh hahaha.. bangga betul YB SS dengan ucapan bella itu.. Comel gila tengok reaction yb bila dah tahu jawapan. kahwin lah cepat BASS.. “
Alahai dua-dua blushing bila sebut I love you itu. Bertambah-tambah sweet pasangan BASS ini dan semakin teruja peminat BASS. Semoga cepat kahwin Bella dan YB Saddiq, tentu lagi romantis YB Saddiq. Apa-apa pun, semoga segalanya dipermudahkan untuk Bella dan YB Saddiq.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Scha….a
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

