Artis / Selebriti
” Tidur pun cantik, tak sabar tunggu Ecah besar mesti segak.. ” – Komen Netizen
Video Aaisyah Dhia Rana sedang tidur raih perhatian ramai. Wah dah macam Sleeping Beauty lah Aaisyah tidur. Ada gaya, tidur pun cantik..
Meninjau ke akaun Instagram Rozita Che Wan, perkongsian sebuah video yang memaparkan cahaya matanya, Aaisyah Dhia Rana sedang tidur telah meraih perhatian ramai. Aaisyah dilihat cukup cantik walaupun sedang tidur nyenyak.
Pastinya momen melihat anak sedang tidur merupakan momen yang indah untuk dirakam oleh kebanyakan ibu. Selalunya ketika anak sedang tidurlah , si ibu akan merenung tepat ke wajah anak. Kadangkala terfikir betapa pantas masa berlalu.
Selain itu, ramai memuji kulit wajah Aaisyah yang cukup cantik. Ini kerana Aaisyah sering menggunakan solekan di wajahnya, namun kulit wajahnya tetap cantik seperti kanak-kanak lain. Walaupun sering bersolek, ia tidak merosakkan kulit muka Aaisyah.

Perkongsian video ini telah menerima lebih puluhan komen daripada warganet yang memuji kecantikan wajah Aaisyah. Maklumlah Aaisyah memiliki darah kacukan Inggeris di sebelah bapanya dan wajahnya Aaisyah juga banyak mewarisi wajah bapanya, Zain Saidin.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
“Eyh.. Aku x sabaq tggu hg besaq cahhh… mesti segakkkkk… kulit dia lagi lawooo dia kita wakkkk.. Comel nya dia.. Mcm baby.. “
” Cantik sangat dah .tk payahlh makeup2 sangt.. Tido pun cntik.klau kita xtau la lgu mna.. sayang sangat 2 aaisyahdhiarana111 tidur pun cantik .. “
” Ank mat salleh tol aisyah ni. Zain girl version muka pak dia ,segak .. Smua ibu obses yerrr dgn anak sdri , tmbh2 cantik mcm aisyah niiii lagiiii lahh.. “
” Princess Cheta cantik sgt.. Sumpah gila suka sgt dgn adik ni chetaaa.. Aisyah lagi comei berambut hitam macam mummy.. “
” Hi barbie cantik.. How old are u gurl .. Top model Malaysia ni tak lama lagi take care adik .. Mcm pak zain sbji echah ooo .. “
” Aisyah looks exactly like you babe sashasaidin. ecah lawa nya mcm mami nya.. Comeylh haiii Cucu matsalleh nih.. ramai peminat ni.. “
” Kecik² dh cantik dh…nnt dh dewasa, lagi lah.. Skin Aisyah cantik betul. X break out pon.. Tidoq pun lawo haihhh.. ”
Sejak dari kecil lagi Aaisyah sememangnya seorang yang comel dan cantik. Tidak mustahil apabila dewasa kelak Aasiyah memiliki rupa paras yang cukup jelita. Semoga Aaisyah Dhia Rana membesar menjadi seorang anak yang membanggakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rozitachewan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kali ni bukan hint tapi pengakuan jujur terus Bella bagi secara terbuka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti2 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” The Cullen Family versi Malaysia. Vibes diorang mahal, aura tu superb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayash suka betul dengan lagu arwah ibu, pandai dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dengan Achey bukan main serius. Tapi bila nampak Abang Jamil asyik tersasul je yer, haha.. ” – Komen Netizen

