Connect with us

Viral

” Tidak logik orang yang mahu bun0h diri akan mahu bergayut dahulu.. ” – Mona Din

Perkongsian Puan Mona Din ulasan mengenai hari kedua inkues kes Zara Qairina tentang isu Zara dikatakan bergayut dan berhayun sebelum jatuh buat ramai buka mata. 3 kemungkinan situasi yang mungkin Zara hadapi ketika itu. Kesian Zara.. 

Inkues kes Zara Qairina sedang hangat diperkatakan oleh warganet. Masih lagi dengan keterangan oleh saksi pertama, Pakar Patologi Forensik, Dr Jessie Hiu, inkues hari kedua semakin hangat dengan andaian mengatakan Zara bergayut dan berhayun sebelum terjun ke bawah.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook Mona Din, telah dikongsikan satu coretan panjang mengenai kesimpulan untuk penerangan Dr Jessie itu. Istilah bun0h diri tidak bertepatan untuk Zara kerana kedudukan Zara ketika ditemui dan luka yang dialami di tubuhnya bertentangan dengan impak sekiranya orang betul-betul ingin terjun.

Kemusykilan mengapa Zara perlu bergayut dan berhayun juga menjadi persoalan. Mona Din turut menuliskan 3 kemungkinan yang mungkin terjadi kepada Zara pada ketika itu sekiranya benar Zara melakukan aksi sebegitu sebelum terjatuh ke tanah.

Ramai yang bersetuju dengan andaian Mona Din itu. Melihat kepada gambar yang diwar-warkan tentang tulang Zara yang patah, situasi itu seperti Zara sedang berusaha untuk mendarat dengan selamat dan kerana itu bahagian kaki yang banyak mengalami kecederaan.

Jom tonton video di bawah :

 

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Indeed sgt btul tu.. Xpernah lagi rasanya org sengaja nk terjun boleh plak main hayun2 dgn plak gravity yg menarik ke bawah tu xkan mampu nak bertahan lama.. Kemungkinan besar sgt2 ada yang membuat kan dia smpai bgitu skali.. “

” Ikut logik, org yg jatuh kaki dahulu, xcedera teruk kepala dia. Lagi satu, org jatuh tingkat tiga biasa berdarah. Hanya ini satu2 kes org jatuh dari tmpt tinggi tdk berdarah. Klu jatuh dlm keadaan ramai lg xtdo pd waktu mlm, mana saksi2nya?? Xpa, ada byk lg saksi. Tggu saksi seterusnya.. “

” Kalau dia kena paksa terjun, tapi dia takut sbb tu dia berpaut (saya rephrase perkataan bergayut tu, bergayut ni mcm situasi yg seronok), pastu tangan dah penat, terpaksa landing dgn kaki, logik juga kan? Jauh lg perjalanan inkues ni, moga Allah permudahkan.. “

” Terjun dan landing atas kaki. Menunjukkan perlakuan yg dilakukan secara sedar dan menolak dakwaan yg kata arwah ngigau panjat tembok sendiri. Satu kebenaran sudah terungkap.
Seperti kenyataan di atas, bila org terjun dan landing d kaki dahulu, bermakna besar harapan dia mahu cuba nasib utk landing hidup. Definitely not a suic1de ait?.. “

” Ada yg kata arwah bun0h diri sgt2 tidak logik, tpi lebih logik sperti sangkaan saya juga, kemungkinan arwah melarikan diri dari pembuli dan bergayut, mgkin juga tgn arwah x dpt tahan dan terjatuh utk selamatkan diri tapi lain yg jadi, wallahualam.. Apapun JusticeForZara smoga kebenaran d tegakkan dan nasib arwah zara terbela.. “

” Kalau kita bergayut means kita cuba nk selamatkan diri. Mcm dlm filem2. Kita bergayut sbb nk bertahan. Kalau tgn licin akan terlepas. Kalau menghayun pulak means kita ada target utk jatuhkan bdn kita d mana. Contoh, kita nk terjun ke level 2 tapi bdn x termasok dlm level tu. Atau kita nak landed dkt tempat yg lebih selamat contohnya rumput. Semoga dipermudahkan urusan semua. Semoga kebenaran mengatasi segalanya. Aamiin.. “

” Jatuh, terjatuh, diarah jatuh.. jika dewasa pun cedera teruk apatah lagi kanak2… kesan kecederaan pada mangsa, pada scene kejadian cukup membuktikan mangsa bergayut? Menghayun diri?.. “

Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya terjadi kepada Zara pada malam kejadian. Ini hanyalah andaian daripada pakar dan tugasannya menerangkan hasil post mortem yang telah dilakukan. Sama-sama kita doakan moga kebenaran akan terbongkar melalui saksi-saksi lain dan keadilan untuk Zara dapat ditegakkan.

Silakan SHARE..

Sumber : FB Mona Din

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Cantik
Sace Lady Compact Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak