Artis / Selebriti
” Throwback picture.. ” – Linda Jasmine
Linda Jasmine muatnaik gambar throwback bersama tiga orang cahaya matanya. Cantiknya Ratu dan Cloe. Dah lama tak tengok Qalif. Kecil-kecil dulu tengok kat Diari AF. Sekarang dah makin handsome lah..
Meninjau ke akaun Instagram Linda Jasmine, sekeping gambar throwback bersama tiga orang cahaya matanya telah dikongsikan. Baru beberapa jam gambar ini dimuatnaik, sudah menerima lebih tujuh ratus tanda suka daripada warganet.
Linda dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan dan seorang cahaya mata lelaki. Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar merupakan cahaya mata menerusi perkahwinannya bersama pelakon, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Linda mempunyai seorang nak lelaki bernama Qalif Khan. Ketiga-tiga cahaya mata Linda ini sudah meningkat remaja dan mewarisi kecantikan Linda. Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Umum juga mengetahui bahawa Linda dan Que Haidar sudah pun berpisah pada 2 Julai 2024 yang lepas. Namun begitu hubungan mereka kekal baik dan bersepakat untuk terus memberikan sokongan antara satu sama lain demi anak-anak.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Sama ada Que atau pun Linda, mereka tidak menjelaskan secara terperinci punca perceraian mereka. Mereka mengambil pendirian untuk berdiam diri dan menghormati isu peribadi kedua-dua pihak. Tiada siapa menyangka perkahwinan mereka selama 15 tahun berakhir dengan penceraian.

Sikap mereka ini sangat dipuji kerana tetap berbaik dan tidak membesar-besarkan kisah penceraian mereka di media sosial. Kami di Berita Kopak mendoakan agar segala urusan Linda Jasmine dipermudahkan bersama anak-anak. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG linda jasmine
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu

