Artis / Selebriti
” The power of legend, Senario the best. Terima kasih Senario gembirakan childhood kami.. ” – Komen Netizen
Video Kumpulan Senario Mengadakan Showcase Muzikal Komedi Senariounion Raih Perhatian Ramai. Wah Mengimbau Kenangan Zaman Senario Popular Dulu Lah. Siap Jemput Anak Arwah Hamdan Senario Naik Pentas, Sebijik Macam Muka Arwah !!
Jika mengimbau kembali, Kumpulan Senario betul-betul menggamit kenangan fenomena lawak pada awal tahun 2000 dahulu. Senario begitu popular dengan sitcom komedi di kaca televisyen. Kemunculan ahli kumpulan ini iaitu Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Yassin dan Saiful Apek membangkitkan gelombang fenomena pada masa itu.
Kumpulan komedi ini turut mempunyai album lagu sendiri. Lagu-lagu mereka pernah menjadi siulan ramai pada masa itu dan pernah ke final Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Cepat Kaya dan Zapin Cinta SMS bersama Adibah Noor. Meninjau di akaun TikTok mulik Boss Epul Ora Cat telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Senario mengadakan showcase muzikal komedi Senariounion.
Showcase muzikal tersebut diadakan di Melaka. Selain Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Yassin dan Saiful Apek, turut ada bersama adalah Pak Ya. Menerusi video pertama, Lan Pet Pet meminta semua yang hadir berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebelum memulakan persembahan.

Selain itu, Senario juga mengadakan persembahan tribute khas buat ahlinya, arwah Hamdan Ramli yang sudah pergi meninggalkan semua pada bulan Januari lalu akibat jangkitan kuman. Bukan itu sahaja, anak lelaki arwah Hamdan juga hadir sebagai jemputan istimewa.
Tonton video- video di bawah ini :
@bossepulsham Replying to @abang_shah_ dan tidak lupa ajak crowd berselawat bersama²#showcase #senario #senariounion
@bossepulsham melaka showcase #senario #senariounion di melaka
@bossepulsham Replying to @zainkazar kemunculan special guest anak hamdan senario. muka sejibik weh… terbaik #senariounion
@bossepulsham Replying to @jelinaziz al fatihah di bacakan utk beliau #senariounion #showcase #senario #hamdansenario
Di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa seronok melihat persembahan kumpulan Senario yang dirindui mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” The power of legend, Senario the best. Selamba ja ride ramai-ramai atas pentas, haha.. Alhamdulillah.. Geng senario tak lupa arwah Hamdan. panggil ank arwah join, terbaik lah.. “
” Anak2 ku membesar dgn selalu tgok Senario.. Sekarang semua dh berumah tangga dah ada anak2 besar dah.. Kenangan betul.. “
” Ini baru betol pelawak dulu kini.. Bukan zaman skrg lawak ntah apa ntah.. SYOK SENDIRI.. Tak lupa juga kepada arwah Hamdan.. Al fatihah buat arwah.. “
” Allahuu seronokk nye tgk senario semua ada . Rindu nye kisah silam. Membesar dgn lawak jenaka Senario.. Sampai sekarang aku layan lagi citer senario.. “
” Nampak Apex mmg betul appreciate friendship dorang, dorang pernah berpecah dulu, terima kasih SENARIO gembirakan childhood kami anak² 90an.. “
” Aku smpai skg layan senario movie walaupun dh hafal ulang2 pun tak bosan.. Senario tak ditelan zaman.. Bestnya tengok dorang comeback.. “
” Senario kena buat konsert n sketsa dh.. Satu2nyaa pelawak yg boleh melawak dan ada lagu2 sendiri.. Harap ada penerbit yg akan keluarkan movie2 diorg macam dulu2. Hargailah mereka selagi masih ada.. “
Terubat rindu para peminat dengan kumpulan Senario. Dalam keseronokan itu, Senario tidak pernah melupakan sahabat baik mereka yang sudah pergi. Al-Fatihah buat arwah Hamdan, semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok bossepulsham
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

