Artis / Selebriti
” Terpaling comel, adoi ulang-ulang tengok, sporting habis Permaisuri.. – Netizen
Video Raja Permaisuri Agong Menari Tarian Sumazau Di Jelajah Kenali Borneo Raih Perhatian Warganet. Part Video Permaisuri Agong Menyakat Seorang Makcik Melatah Tu Kelakar, Sampai Berjoget Makcik Tu, Haha !!
Beberapa hari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berangkat melakukan Kembara Kenali Borneo.
Pelbagai program dan aktiviti telah dihadiri oleh Baginda berdua untuk mendekati rakyat jelata di Sabah. Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Instagram radio Hot FM, Tunku Azizah kelihatan begitu sporting mempersembahkan tarian Sumazau sambil beramah mesra bersama masyarakat yang ingin bersalam dan mengambil gambarnya.
Manakala video lain pula memaparkan telatah Tunku Azizah telah menyakat seorang makcik hingga makcik tersebut melatah dan menari bersama Tunku Azizah. uat mengusik juga permaisuri kita ni, hehe. Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian warganet.

Warganet mengatakan Tunku Azizah begitu mesra rakyat sehingga membuatkan ramai yang sayang kepadanya. Sehingga kini video Tunku Azizah menari tarian sumazau telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet sangat menyukai perkongsian video-video ini dan pelbagai respon diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terpaling comel, ad0i ulang-ulang tengok, sp0rting habis Permaisuri. Mana nak cari pengganti YDP n Permaisuri Agong macam ni… Tersangatla berjiwa rakyat ramah mesra prihatin dn mcm2 lagi la.. “
” Raja yg paling menyantuni rakyat, menyelam sampai ke dasar berjumpa rakyat disetiap pelusuk, mendengar keluhan rakyat.. “
” Allah ampun Tuanku, patik tersenyum sendirian sama seronok pulak tgk Tuanku menari, lovee sangat lah.. “
” Balik2 ulang tengok, tak puas tengok Tuanku Permaisuri menari sumazau.. Tuanku paling sempoi lah.. “
” Mana nak dpt permaisuri agong mcm ni… Sgt berbangga Permaisuri sudi mencemar duli melawat negeri sabah dan kemudian nya di Sarawak.. “
” Hehehe comelnyaa Tuanku Permaisuri, kita yang tengok ni pun senyum.. Memang The Best.. Rakyat Ramai Sayang Tuanku.. “
” Permaisuri Agong yg dekat dihati jiwa rakyat.. Hanya 1, tiada ganti sama spt nya.. Itu lah RPA kita yg tak lama lg bakal pulang ke negeri Pahang semula.. “
Alahai comelnya Permaisuri kita menari, patut lah ramai yang suka melihatnya. Apa-apa pun semoga Tunku Azizah terus diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan Tunku Azizah sekeluarga ketika berada di Sabah dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976, _inaijari01_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

