Artis / Selebriti
” Terliur betul tengok menu berpantang Elisya. Hebat lah sis, kalah confinement lady kalau macam ni.. ” – Komen Netizen
Video terbaru masakan menu berpantang yang disediakan oleh Sheila Rusly buat menantunya, Elisya Sandha raih pujian ramai. Wah berselera betul Elisya makan, tak henti-henti mulut Elisya puji masakan ibu mertuanya..
Umum mengetahui baru-baru ini pelakon Elisya Sandha telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi lelaki. Perkongsian khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Elisya di akaun Instagram miliknya buat semua para peminatnya.
Selepas bersalin, Elisya membuat keputusan untuk menjalani tempoh berpantang di rumah ibu mertuanya, Sheila Rusly. Sebelum ini, Sheila juga ada berkongsi video sedang menyediakan beberapa menu berpantang untuk menantu kesayangannya itu.
Terbaru, sekali lagi Sheila memuatnaik video memasak menu berpantang untuk Elisy. Menerusi video itu, dapat dilihat Sheila menyediakan juadah ikan bawal goreng halia dan sup sayur untuk makan tengah hari. Manakala menu makan malam pula, adalah nasi ulam berserta ayam kampung serai.

Sekali lagi perkongsian oleh Sheila ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa kagum melihat penyediaan menu berpantang oleh Sheila buat menantunya. Komen warganet, menu-menu yang dimasak oleh Sheila sangat menarik dan menyelerakan.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video terbaru daripada Sheila ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Terliur betul tengok menu berpantang Elisya. Hebat lah sis, kalah confinement lady kalau macam ni..zen Alhamdulillah dpt mertua yg baik dan ank menantu yg baik.. “
” Alhamdulillah.. Ni namanya mentua dri syurga sheilarusly_jspictures.. Sy yg tak berpantang pun terliur tgk menu elisyasandhaofficial.. “
” Untung jd menantu dia.. Hahahaha memang cuci tekak rezeki u dik jadilh menantu yg baik.. Kita tengok layanan mak mertua you pun tumpang happy.. “
” Dah boleh buat business food for pantang ni, home delivery to mommy mommy berpantang. Fuhh semua menu nampak menarik dan melazatkan.. “
” Ya Allah sis… Sedapnya… Semoga Allah sentiasa memberkati sis sekeluarga… Kalau macam ni lah layanan, tiap2 tahun beranak pun ok.. “
” Sis Sheila share la resepi 44 hari utk menantu… Btol la untung n kita tak pantang pon terlior tengok.. Hebat lah sis, mertua dar syurga.. “
” Terbaik Sis… Hidangan berpantang buat menantu.. Perghh cantik hidangan. Beruntung dpt MIL mcm.. Alhamdulillah, rezeki Elisya.. “
Memang nampak menyelerakan semua masakan Sheila. Tengok sahaja lah cara Elisya makan, tidak henti-henti Elisya memuji masakan ibu mertuanya. Selain itu, warganet juga boleh menjadikan resepi Sheila ini antara menu harian mereka kerana makanan berpantang adalah makanan yang menyihatkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

