Connect with us

Artis / Selebriti

” Terlepas cakap dah. Dia bercinta depan kita ek, kita yang sengih-sengih.. ” – Komen Netizen

Video Fattah Amin terkantoi memanggil Amira Othman dengan panggilan istimewa ketika sedang live di Celebfes Singapura buat peminat teruja. Wah Abang Long, ini sudah next level. Dah kantoi, dua-dua malu sorok muka ek. Obvious sangat ni bang long, haha.. 

Fattah Amin dan Amira Othman kini berada di Celebfes Singapura bagi menjual semua barangan keluaran Fattah. Banyak video yang dikongsikan oleh rakan artis dan pengunjung yang mengunjungi booth Fattah. Sememangnya fenomena FattMira bukan hanya melanda Malaysia, namun juga Kota Singa itu.

Ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Fattah dan Amira. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Thefa_team, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sesi live oleh Fattah ketika berada di booth jualannya itu.

Fattah melayani semua komen-komen viewers dan ramai yang mengusik Fattah dan Amira. Menerusi video itu, Fattah tersasul memanggil Amira ‘yang ‘ iaitu singkatan daripada perkataan sayang. Menyedari dirinya tersasul, segera Fattah menutup mulutnya dan keluar dari frame.

Dalam usaha untuk cover semula ketelanjuran kata, Amira memberitahu Fattah tersasul yang mana sebetulnya ingin memanggil ‘ Ya ‘. Ianya adalah nama panggilan adik beradik Amira untuk dirinya. Ada lagi moment lain yang sweet antara mereka apabila Fattah meminta Amira untuk menjadi duta FA sehingga ke jannah.

Jom tonton video di bawah :

Lebih 1000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Tengok je ‘yang’, haha.. ouhh bamtah sorok sikit please.. Aku hempukkkk jugaa abang ni kang buat orgg senyum2.. “

” Dia cakap ‘tengokla sendiri yang’ HAHAAHAHAHAH alaaaaaaa comel.. Dok ngulang byk kali tgk.. tak puas sekali.. “

” Hahaha terlepas cakap da ” yanggg ” .. alhamdulillah if it’s true we love abg long and kak long.. “

” Aneh aneh la sangat, kahwin je la.. duta sampai ke syurga. “sampai syurga?” “taknak ke?” “haa? taknak? naklahh..” yihhh dia bercinta depan kita ek. kita yang sengih-sengih.. “

” Sebelum episod “YANG” nabila, betty, fahrin ahmad dan revel dulu haha. pasangan kedua yg mendapat restu nurnitezen malaysia selepas BASS. Johor kenduri besar lepas ni.. “

” Aduiii fattah ni selalu mcm ni tau tak. Betul2 mcm zaman lofattah. Tersasul panggil baby. Masalah bila dia tersasul tu dia mmg takleh cover. Obvious sgttttt hahaha. Fattah pun nampak happy sgt.. “

” Dia yg cakap.. lps tu kata kita aneh2 pulak.. dia tersasul dia gelabah pastu nk end live.. aku rasa abih promotion sempena raya ni, kompom mereka dua ni kawin.. Fatah ni jenis tak mau kwn lama² elak fitnah.. “

” Dah lama ternanti tang tersasul time live ni.. hari ni jadi nyata.. orang orang tua kata, orang bercinta memang selalu tersasul hehe.. memang confirm la dorang berdua ni kan.. “

Lain macam betul live Fattah kali ini, banyak yang tersasul-sasul. Muka blushing masing-masing itu memang tidak dapat diselindungkan lagi. Semakin berbunga-bunga hati peminat FattMira dan berharap agar ada jodoh antara Fattah dan Amira. Apa-apa pun, semoga segala urusan mereka berjalan dengan lancar.


Silakan SHARE..

Sumber : IG Thefa_team, Tiktok Cute

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT