Artis / Selebriti
” Terkejut sangat, korang buat saya blank kejap.. ” – Erra Fazira

Video kejutan sempena hari lahir Erra Fazira di program Borak See Ni raih perhatian ramai. Wah, surprise sangat ni, terkejut Erra. Tapi kenapa yang tukang buat surprise lagi nampak nervous, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Borakseeni, perkongsian sebuah video yang memaparkan kejutan sempena hari lahir primadona Malaysia, Erra Fazira telah meraih perhatian ramai. Erra dikejutkan ketika mengacarakan program Borak See Ni bersama Faizal Ismail.
Hakimi Noordin dan Ikmal Amry membuat kejutan dengan membawa sebiji kek hari lahir kepada Erra. Nampak seperti yang tukang surprise lagi nervous untuk membuat kejutan apabila melihat mimik muka kedua-duanya. Namun begitu, surprise betul-betul menjadi.
Kejutan secara siaran langsung ini membuatkan Erra terkejut dan tidak terkata. Tahun ini genap usia Erra 51 tahun. Walaupun usia meningkat, penampilan Erra tetap awet muda dan cantik seperti zaman mudanya. Sememangnya tidak begitu dimamah usia.
Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Erra juga meninggalkan komen di ruangan komen dengan mengucapkan terima kasih terhadap kejutan yang diberikan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan selamat hari lahir buat Erra. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Happy birthday to you Bdy kita sama.. Pengalaman bekerja dengan Kak Erra dulu banyak mengajar saya, dan saya amat hargai setiap ilmu dan kenangan yang kita kongsi., “
” Best sgt2 bila errafazira dan faizalfbi76 jadi host…suka sgt2…tlg lah selalu lg mereka jadi host.. Happy birthday sis kita.. “
” Kak Erra memang epitomi “beauty with brains,” dan saya doakan segala impian Kak Erra terus tercapai. Semoga terus sukses dan dilimpahi kebahagiaan, Kak.. “
” Selamat hari ulang tahun buat erra. Semoga yang baik2 saja buat kesayangan 1 malaysia. Amim.. Ikmal tu memang ada iras2 Jefry nikol .. “
” Happy Birthday to my forever girl crush.. yg blkg tu mcm jefri nicol. doa terbaik untuk kakak. Semoga selalu dalam lindungan Allah SWT.. “
” Happy birthday kak erra errafazira Moga sentiasa diluaskan pintu rezeki dan bahagia sentiasa.. Lar… ikmalamry sebiji Jefri nichol.. “
” Selamat Hari Jadi! Semoga hari yang istimewa ini membawa kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan. Kak Erra bukan sahaja seorang yang cantik dan penuh pesona, tetapi juga seorang yang humble dan berjiwa besar.. “
Komen dari Erra :
Wah, nampak sangat Erra terkejut dengan surprise tersebut. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 51 tahun. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipanjangkan usia. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Borakseeni
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kak Long jerit pun sopan, nasib baik tak lompat kat Abang Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa tang Amira panggil abang tu. Sweetnya, macam betul dah nikah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Fuh berpeluh tengok reply Abang Long. Ni dah terang-terang, tak payah suluh-suluh lagi erk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Aku baca komen semua, engkau ni kahwin paksa Fikry. Kau kena betulkan benda ni.. ” – Ain Edruce
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nasib kau lah anak dapat nenek-nenek semuanya tingtong, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Fattah, Fattah, nak kahwin dah ? ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa jantung macam nak luruh, you bayangkan anak kita doktor cakap macam tu.. ” – DS Shahida
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam .. ” – Ryzal Ibrahim