Connect with us

Artis / Selebriti

” Terkedu Hawa, kata suka surprise. Pandai Boss James curi hati Hawa ye.. ” – Komen Netizen

Video Boss James hadir ke MeleToP dan memberikan kejutan buat Hawa Rizwana. Alahai romantik sangat lah Boss James ni. Siap bagi angpau lagi. Dua-dua blushing sampai merah muka.. 

Hubungan antara Hawa Rizwana dan Boss James semakin hangat diperkatakan oleh warganet. Pasangan ini sering membuat live bersama di applikasi Tiktok. Tidak mengiyakan mahu pun menidakkan sedang hangat bercinta, pasangan ini direstui oleh warganet kerana mereka kelihatan serasi bersama.

Jika minggu lalu, Boss James hadir ke MeleT0P menemani Hawa. Pada minggu ini, Boss James membuat satu kejutan kepada Hawa tanpa Hawa mengetahuinya. Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Boss James tampil ke set MeleT0P dan membawakan sesuatu yang istimewa untuk Hawa.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram MeleT0P dan Boss James, telah dikongsikan video dan gambar ketika kejadian itu berlaku. Boss James kelihatan begitu segak dan kemas mengenakan busana tradisional kaum Cina berwarna merah terang. Boss James turut membawa limau yang digubah seperti jambangan bunga.

Hawa kelihatan malu-malu apabila Nabil mula mengusiknya dengan Boss James. Kesempatan itu juga digunakan oleh Boss James untuk memberikan angpau kepada Hawa, Nabil dan semua ahli band Caliph Buskers. Boss James juga ada berkongsikan kenangan manisnya ini di Instagram miliknya. Hari raya pertama CNY yang cukup sempurna untuk Boss James.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Terkedu hawa… kikiki. Ha… kata suka surprise.. hamekkk.. Sweet nye boss james.. Pandai curik hati hawa ye.. “

” Boss James sweet.. senyum boss dapat jumpa hawa.. effort boss james ni ramai yang approved.. ok James n Hawa kami semua dh restu.. “

” Mesti nervous gila boss james. sampai merah padam muka tu.. Wahhh hebat arr boss James, siap bg angpow lagi. Haji Nabil kta ‘ hantaran ke nii’ ? hehe.. “

” Hati2 Hawa…bg bunga ada makna tu.. mantap lah boss james, gentleman tu. untung semua dekat set meletop dapat angpau. pemurah lah boss james, baik hati pulak tu.. untung Hawa.. “

” Boss, i x penah tgk u happy mcm ni dlm hidup u. sebelum ni gamba u semua happy sebab benda dunia je, mungkin ini happy yg bawak ke akhirat, all the best boss.. “

” Kalau ditakdirkan berjodohan.. boleh la cerita kat anak cucu.. “gambar ni masa atok 1st day CNY tau, atok g set jumpa nenek kamu”.. “

” Perfect CNY boss james kali ni.. Sama cantik sama padan. jgn tggu lama James.. raya nanti blh jumpa parents Hawa. kita tgk penerimaan parents Hawa mcm mana nanti. x yah pening kepala buh nama ..pilih nama Adam je.. balance name Adam dan Hawa.. “

Satu kejutan yang menjadi daripada Boss James untuk Hawa. Tersenyum semua penonton melihat pasangan hangat ini bersama sepentas. Semoga segalanya dipermudahkan untuk Boss James dan Hawa. Sekiranya ada jodoh, moga sampai ke jinjang pelamin dan berbahagia selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Meletop, IG Boss James   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak