Artis / Selebriti
” Terkadang nak diluahkan rasa, tak ada tempat.. ” – Bonda Rozita

Perkongsian Bonda Rozita Ibrahim sempena hari lahir anaknya, Ain dan Amani buat ramai tersentuh. Ayat yang cukup mendalam maksudnya, sebak baca..
Sejak kecoh pertelingkahan dalam keluarga pengasas produk Bonda Rozita Ibrahim, ramai yang mula memberi perhatian kepada Bonda Rozita dan anak-anaknya. Apa sahaja yang Bonda Rozita kongsikan di media sosial, pasti akan mendapat jumlah views yang tinggi.
Menerusi perkongsian terbaru Bonda Rozita di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu posting yang memaparkan gambar-gambar Bonda Rozita bersama anak-anaknya, Nurain Sufiah dan Maryam Nur Amani. Ini adalah bersempena ulangtahun kelahiran 2 orang puteri Bonda Rozita.
Satu coretan panjang juga dituliskan khas untuk Ain dan Amani. Mengucapkan selamat hari lahir, bonda menitipkan pesanannya untuk Ain dan Amani yang mengusik jiwa semua. Kata Bonda Rozita, satu hari nanti kedua-dua anaknya ini akan memahami tingginya darjat seorang ibu.
Banyak yang Bonda Rozita pendam, namun tidak pernah diluahkan kepada anak kerana itu tidak dapat mengubah keadaan. Apa jua yang telah terjadi dalam kehidupan mereka, Bonda mengharapkan agar anak-anaknya ini sentiasa mengingati pesanan dan menjaga adab serta lisan.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ibu atau anak..kalau msg2 berbakti pasti darjat akan diangkat mulia di sisi Allah. Ibu menahan rasa, anak juga begitu. Ibu merasa sedih, anak juga ada yang merasa sedih.. “
” Sanah helwah putri2 Bonda.. moga sentiasa d iringi kebaikan dn kebahagian dunia dn akhirat.. aamiin.. Semua anak2 Bonda adalah terbaik buat bonda, Kak Yatie, DAS, Ajim, Ajah juga.. “
” Deep sungguh ayat ayat bonda.. sayang bondarozitaibrahim banyak2,,, bace pesan ini rase2 e macam pesan buat diri sendiri… semoga bonda dan anak cucu bonda selalu dalam lindungan Allah SWT.. “
” Byk hati yg perlu bonda jaga… btul la syurga tu terlalu mahal.. pd waktu bonda membina masa dpn insan tersyg.. beri senyuman yg dlm ksedihan.. “
” Tiap perkataan bondarozitaibrahim sgt mendlm & bermakna.. itulah luahan hati tiap ibu² yg tak pandai nk disusun dan diluah.. “
” Suka duka sakit ketawa gembira sesorg ibu berbeza dgn ank2.. Happy birthday ain.. Kekalkan Kecantikan mu secantik akhlakmu.. berpegang kuat pada pendirian Yang baik berasaskan agama … Harapan buat mami Dan daddy.. moga jadi anak yg soleh kesayangan ahli keluaga.. “
” Kita baca, mata kita yang masuk habuk. sedih baca luahan bonda ni. Doa seorang ibu luar biasa.. Happy birthday utk kedua puteri kesayangan bonda.. “
Ucapan dan luahan yang akhirnya apabila dibaca sehingga ke noktah terakhir pasti menitik air mata yang pembaca. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anak-anak Bonda dan segala impian yang Bonda harapkan kepada anak-anaknya ini dimakbulkan oleh Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bonda Rozita Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen