Artis / Selebriti
” Terima kasih sharing dengan kami. Kadangkala kita isteri teralpa dek emosi.. ” – Komen Netizen
Betty Rahmad kongsi video sedutan Bachelorette Usrah Amira Othman curi perhatian warganet. Bagusnya pengisian usrah ni, tersentuh dengar nasihat Ustazah. Menuju syurga tidak mudah..
Kecoh diperkatakan mengenai majlis Bachelorette Usrah Amira Othman yang diadakan untuk meraikan bakal pengantin baru ini. Majlis ini adalah anjuran sahabat baik Amira, Betty Rahmad, namun ianya menjadi kecaman sesetengah netizen kerana menggunakan perkataan Bachelorette Usrah.
Menerusi akaun Threads, Betty memohon kemaafan kerana itu adalah kekhilafan daripada dirinya sendiri. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Betty Rahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan usrah yang dijalankan itu.
Ramai rakan artis yang turut serta antaranya Nora Danish, Bella Astillah, Nabila Razali dan ramai lagi. Usrah ini disempurnakan oleh Ustazah Nazirah Abu Bakar dengan tajuk usrahnya, Menuju Pintu Syurga Isteri Solehah. Antara isi usrahnya bercerita mengenai kesabaran isteri dan ganjaran yang bakal diperolehi di syurga kelak.

Ayat yang Ustazah Nazirah ungkapkan menyentuh hati dan ianya peringatan untuk semua agar sentiasa berusaha menjadi isteri yang penyabar dan ikhlas dalam semua pengorbanan. Ianya tidak mudah, namun tidak juga sukar kerana kuncinya adalah ketaatan kepada seorang yang bergelar suami.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ok je concept ni.. and betul ke ada yang kecam? Media ni bukan boleh caye skang banyak spin.. cukup cukup lah mengecam bukan nya benda jahat. banyak ilmu dapat buat ilmu macam ni.. “
” Betul. Memang kena ikhlas .. Kalau tak ikhlas, memang akan rasa diri yang terpaling berkorban dalam rumahtangga.. tapi tu laaa kadang-kadang tu terlintas gak setan bisik-bisik mahal ikhlas tu.. “
” Kena sentiasa berlapang dada. Kena sentiasa tanam sifat qanaah. Tp tipu la ada masa tu terlupa kejap.. “
” Indeed.. sebab tu penting jd isteri ada ilmu. jgn terikut2 dgn gaya hidup moden yg tak berpaksikan syariat. keep belajar la isteri.. belajar fardhu ain.. “
” Terima kasih sharing dgn kami, kdg2 kala kite isteri2 teralpa dek emosi.. semoga semua isteri dpt masuk syurga asbab menjadi sesabar yg boleh dalam rumahtangga Aminn.. “
” Deep ayat ni..’nak sabar sampai bila? sampai ke syurga’ Allahu.. Terima kasih share kata-kata utk kami agar menjadi seorang isteri yg sentiasa sabar dgn ujian , ikhlas setiap perbuatan, dan menuju kesyurga.. “
” Good idea dan boleh dicontohi majlis bachelorette seperti ini. Beruntungnya ada circle yg baik2 , saling nasihat menasihati mcm ni. Semoga usaha yg baik2 ini dijadikan teladan dan ikutan buat semua.. “
” Selagi punca masalah bukan jenis memudaratkan diri sendiri & pasangan ( contoh dera, dadah, curang etc) & bukan memudaratkan agama, maka kena la bersabar dgn peel suami tu.. kalau jenis tak sabar, jangan kawen.. sebab tu orang penah kata first 7years in marriage lagi kena bersabar, tapi bet me, selama mana kita berkawen tu la kena bersabar, macam2 hal nak kena hadap hahaha.. “
Syurga itu tidak mudah dan mahal harganya kerana itu seorang isteri perlu ada ilmu agama dan menerapkan rasa taat dan sabar kepada suami. Sabar selagi mampu selagi tidak memudaratkan diri. Perkongsian ilmu yang terbaik untuk bakal pengantin dan yang sudah bergelar isteri. Semoga Amira dapat menjadi isteri yang solehah untuk Fattah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Betty Rahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen

