Artis / Selebriti
” Terharu dengan ketulusan serta kebaikan Boss James. Awak orang yang baik.. ” – Komen Netizen
Video Boss James berkongsi rezeki bersama anak-anak Tahfiz, Ma’ahad Tahfiz Ar Ruqaiyah curi perhatian warganet. Mulianya hati Boss James. Contoh terbaik, salute lah Boss James..
Boss James antara nama yang menjadi sebutan warganet. Sekali pun Boss James bukan lah seorang muslim, namun Boss James turut berpuasa dan lebih istimewa turut menyantuni orang muslim. Pada bulan Ramadhan tahun ini, Boss James masih mengekalkan amalan yang dilakukan pada tahun lalu iaitu berkongsi rezeki bersama anak-anak tahfiz.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Boss James, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Boss James bersama team mengunjungi Ma’ahad Tahfiz Ar Ruqaiyah, Kampung Bukit Cherakah, Jeram Selangor. Boss James bangun awal untuk bersahur bersama-sama anak-anak tahfiz ini.
Kata Boss James, ianya satu kepuasan dan dapat merasai rasa syukur apabila berkongsi bersama anak-anak ini. Boss James juga berpeluang berkongsi cerita bersama ustaz-ustaz yang berada di sana dan pastinya ada ilmu dan pengajaran yang Boss James dapat daripada setiap kunjungannya.

Selain bersedekah juadah bersahur, Boss James turut memberikan duit raya kepada anak-anak tahfiz ini. Kelakuan oleh Boss James ini meraih pujian daripada warganet. Ramai yang mendoakan agar Boss James diberikan hidayah oleh Allah dan dimurahkan rezeki.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tahniah boss jd org yg sentiasa memberi inspirasi dan contoh yg baik… Patut smlm boss jamess kta dia tetap kena blik juga sbb ada urusan.. “
” Alhamdullilah… Mulia nya hati insan ini… Terharu dgn ketulusan serta kebaikan BJ, semoga dipermudahkan segala urusan dan rezeki BJ.. moga sentiasa Allah murahi rezeki yang melimpah.. “
” Alhamdulillah… smoga sentiasa dilimpahkan rezeki yg bpanjangan dunia akhirat…. Syukur Alhamdulillah, semoga Allah SWT berikan Taufiq dan Hidayah kepada brother James. Aamiin² yra.. “
” Alhamdulillah berkah.. barokah rezeki boss james.. smg dpermudahkan segala urusan dunia akhirat.. terbaik lah boss james, contoh dan inspirasi untuk semua.. “
” Manusia yg berbuat baik kpd sesama Manusia .Tahniah Boss James.. Walaupun saya tak kenal awak. Saya tahu awak orang yg baik.. “
” MOGA dilimpahkan rezeki dari pelbagai arah Boss James n team… selalu bg contoh baik n rajin berkongsi rezeki.. May you be guided to do good things always.. “
” Moga di murahkan RKZI BJ di bulan yg mulia ini seperti air sungai yg mengalir n juga cepat bertemu JODUH n org yg James sayangi,RKZI jem dh jumpe n org yg sesuai.. “
Tumpang seronok warganet melihat kebaikan yang Boss James pamerkan kepada anak-anak tahfiz ini. Kebaikan yang pastinya akan mendapat doa yang baik-baik daripada anak-anak ini. Semoga Boss James sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan taufiq serta hidayah Dari-Nya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Boss James
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

