Artis / Selebriti
” Tengok video ni, dah tahu Fazz mesti menantu paling manja kan.. ” – Komen Netizen

Video ibu Fizo Omar masak cekodok pisang untuk menantunya, Fazeera Nazri dan cucu-cucunya raih perhatian warganet. Alahai manjanya Fazeera dengan ibu mertua, siap kena suap makan. Resepi ibu Fizo pun menarik, nampak sedap sangat..
Baru-baru ini, ada dikongsikan oleh isteri pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri, beberapa video yang memaparkan dirinya telah mengisi masa bersama ibu mertuanya. Menerusi video itu, Fazeera atau mesra dengan panggilan Fazz ada membawa ibu Fizo ke pasaraya untuk membeli barangan dapur dan shopping di mall.
Terbaru, Fazz memuatnaik video pada kali ini, ingin berkongsi resepi cara ibu mertuanya memasak cekodok pisang. Tulis Fazz di ruangan kapsyen, cekodok pisang ibu mertuanya tiada tandingan dan semua anak-anak menyukainya. Menerusi video itu, kelihatan pada awalnya, Fazz menemani ibu mertuanya di dapur untuk masak cekodok pisang.
Bukan itu sahaja, ibu Fizo juga turut berkongsi cara dan resepinya yang tersendiri memasak cekodok pisang untuk tontonan pengikut Fazz di akaun Instagram. Perkongsian video ini telah menarik perhatian ramai dan ramai yang meluahkan rasa suka menontonnya.
Tulis warganet, Fazz seorang menantu yang sangat beruntung kerana ibu mertuanya sangat menyayanginya seperti anak kandung. Bukan itu sahaja, di akhir video, kelihatan ibu Fizo turut menyuap cekodok pisang kepada Fazz dan Fazz memuji masakan ibu mertuanya itu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Tengok video ni, dah tahu Fazz mesti menantu paling manja kan.. Untung dapat ibu mertua sebaik mcam ni.. So happy kita tengok.. “
” Wah lain dari lain resepi ni. Slalu letak gula pisang tpung n garam je. Nnti nk try la.. Tq Faz dan ma Fizo kongsi resepi.. “
” Alhamdulillah dpt resepi .. Nanti nk try.. Sllu buat biasa2 saja.. Tak pernah tengok resepi mcmnni.. Nampak mcm sedap sangat ni, hehee..”
” Alhamdullillah dapat mak mentua yg baik. Sayangi mak mentua seperti ibu sendiri.. Hidup rumah tangga pun pasti harmoni dan bahagia.. “
” Resepi org lama² semua bendanya sikit² aja.. Bertuah dpt mak mertua baik cam mak sendiri… Seronok tengok Fazz dan mak mertua.. “
” Happy tgk mak mertua dan menantu baik. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat ye Fazeeea dan ibu mertua.. InsyALLAH.. “
” Pandai ambil hati mak mertua betul lah Faz.. Tengok seronok tau kalau tengok video Fazz dengan mak mertua.. “
Alahai, betul lah apa yang dikatakan oleh warganet, memang nampak Fazz manja dengan ibu mertuanya dan kelihatan mereka berdua seperti dua beranak. Apa-apa pun, didoakan semoga kasih sayang antara menantu dan mertua ini akan terus berkekalan serta bahagia bersama hingga ke akhir hayat mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG ffezyranesry, TikTok fizofaznest
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ini lah bapak mertua Hadie.. ” – Oddah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Macam dengar SS yang nyanyi, arghh dah aku menangis. Suara Sallman tu sebijik SS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Yang cakap suara saya tak sedap, saya tak patut pun ada dekat TTMM, saya yang patut terkeluar.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai ke hati weh dengar suara Hadie tanpa muzik ni. Lagi tangkap sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Oddah ajar sampai dia gelek paling lembut aku pernah nampak weyy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bila tengok video ni, jatuhnya air mata seorang ibu, ahhh tak tahan dah, mengalir jugak air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Tergelak time Hadie tunjuk gambar tu. Dato’ AC duk bahan dia, sekali dia bahan Dato’ AC balik, haha.. ” – Komen Netizen