Artis / Selebriti
” Tengok saya, jangan tengok kamera. Ini bukan rancangan Nona.. ” – Fattah Amin

Video behind the scenes iklan Fattah Amin bersama Puan Hanum Subri buat warganet terhibur. Makin lama makin lawak Fattah ni. Puan Hanum pun tak berhenti gelak. Ending iklan tu bukan main touching, tak sangka BTS banyak gelak-gelak macam ni, haha..
Kolaborasi antara Fattah Amin dan usahawan handbag berjenama mewah, Puan Hanum Subri baru-baru ini meraih pujian ramai. Lakonan mereka untuk iklan tersebut berjaya membuatkan ramai yang menangis pada penghujung video itu. Ada makna yang hendak disampaikan kepada semua.
Menerusi perkongsian Puan Hanum di akaun Instagram dan Tiktok nya, telah dikongsikan video behind the scenes iklan tersebut. Dari awal sehingga ke akhir, suasana ceria dan penuh dengan gelak ketawa. Puan Hanum baru kali pertama berlakon dan agak sediit kekok tetapi lakonannya seronok dilihat.
Fattah pula sangat sporting dan memberikan komitmen yang terbaik. Fattah sendiri turut terhibur dengan gelagat Puan Hanum yang asyik ketawa. Banyak juga Fattah berseloroh mengusik Puan Hanum. Salah satunya Fattah mengatakan dia akan membuka kelas lakonan dan meminta Puan Hanum untuk ikut serta.
Part berada di dalam kedai juga mencuit hati. Menyedari Puan Hanum memandang ke arah kamera, Fattah menunjuk ajar Puan Hanum untuk memandang ke arahnya. Ayat spontan Fattah mengatakan itu bukan lah rancangan Nona menggeletek hati warganet.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@hanumsubri Behind the scene with FA
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” BTS nya banyak gelak-gelak tapi yang betul-betul tu ending memang touching habis.. diakhiri dengan mutiara kata yang indah.. “
” Hehehe akak pun gelak sama tengok behind the scene ni. So hilarious and entertaining. I terhibur hahaha… Keep it up.. Tq tunjuk BTS ni.. “
” Haha tho berlakon .. tapi part bag kene snatch tu bahagia sungguh .. kennot laaa.. comel sangat-sangat masalahnya.. “
” Tengok saya tengok saya, jangan tengok kamera. Ini bukan rancangan Nona.. adui tergelak dengan ayat Fattah ni, melawak dia.. “
” Suka tengok fattah sekarang.. ketawa slalu.. hahaha… fattah fattah. moga sukses dik. tenang tenang saja lalui hidup mu . insyallah Allah hantar sinar.. “
” Comel sangat bila Fattah sebut ni bukan rancangan nona haha.. moga kedua duanya Allah mudahkan urusan Aamiin.. “
” Director dia pun, comel.. Kelakar lah Fattah, ayat dia spontan betul haha.. bts paling comel ni, asyik ketawa je.. “
” Lawak pulak si Fattah ni sekarang.. orang cakap dia pelakon kayu.. tapi aku rasa ini kaya gaharu haha.. “
Lawak betul lah Fattah sekarang, boleh terlintas pula di kepalanya rancangan Nona. Ini tentu Fattah pun penonton setia Nona haha. Apa-apa pun, BTS yang penuh dengan keceriaan dan gelak tawa. Pasti semua pun seronok berkerjasama bersama Fattah dan Puan Hanum.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hanum Subri, Tiktok Hanum Subri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 hours ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen