Artis / Selebriti
” Tengok dia buat hal, hahahah. Anak mak ni.. ” – Tengku Ampuan Pahang
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah kongsi video gelagat anakandanya, Tengku Muhammad ketika majlis resepsi sebelah pengantin perempuan buat warganet terhibur. Tak duduk diam, hehe..
St Regis Hotel Kuala Lumpur menjadi pilihan untuk majlis resepsi pengantin diraja, YAM Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya. Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan ini bertemakan adat Acheh. Tengku Natasya tampil anggun dalam busana yang berwarna maroon, Tengku Muhammad juga kelihatan begitu segak.
Dekorasi pelamin pengantin yang indah dan pengantin yang berseri-seri antara yang diperkatakan oleh warganet malam tadi. Selain itu, pastinya gelagat Tengku Muhammad yang menarik perhatian ramai. Dari majlis istiadat di Istana pahang lagi, telatah pengantin diraja ini mencuit hati ramai.
Meninjau entry di akaun Tiktok Tengku Ampuan Pahang, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Tengku Muhammad ketika berada di atas pelamin. Pelbagai gaya lucu yang dibuat oleh Tengku Muhammad dan Tunku Azizah sendiri terhibur melihat telatah anakandanya itu.
Dapat dilihat Tengku Muhammad melambai-lambai tangannya dari atas pelamin dan kata Tunku Azizah di kapsyennya, Tengku Muhammad ‘buat hal lagi’. Seloroh warganet di ruangan komen, Tengku Muhammad ‘lupa’ yang dirinya adalah pengantin. Perkongsian video ini membuatkan ramai terhibur.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cmspahang tengok dia buat hal … hahahah …. anak mak ni !
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 80 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tengku amir dgn tengku hassanal serius sikit..tengku muhammad dgn tengku ahmad pulak slalu bt perangai comel hahahahaha.. “
” Meriah sya tengok keletah adik beradik ni… mesra gurau senda…. kekadang sya tersenyum sendri.. “
” Why anakanda anakanda Tengku Ampuan semua cute-cute je ni.. Selamat pengantin baru Tengku Muhammad dan Tengku Natasha.. “
” Cantiknya baju .. pengantin pun lawa.. naik sgt seri.. baju pengapit2 pun cantik sangat … baju cantik , yg pakai pun lawa lawa.. “
” Cantik Warna ni.. 100 peratus naikkan seri pengantin. Love cantiknya tenun pahang Tunku.. dia lupa dia pengantin kot… baju pengantin tu cantik sgt.. “
” Anak no.3 mmg camni eh? x reti dok diam.. no.2 pelik, tp pelik dia akan kalah dgn no.3 yg unik & sesuatu.. hahaha.. “
” Tgk TA begitu seolah melihat Bonda nya Tengku Ampuan Pahang, nmpk happy bila dikhalayak ramai.. xduk diam tengku muhammad.. “
” Random betul perangai Tengku Muhammad haha. Tengku Natasha layan kan aja.. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Sebiji macam Tuanku Sultan. Happening sungguh.. “
Gelagat Tengku Muhammad memang sentiasa dinanti-nantikan setiap kali majlis diraja diadakan. Tak sangka di majlis perkahwinannya sendiri pun, gelagatnya tidak berubah dan membuatkan Bondanya dan yang lain terhibur. Moga terus bahagia Tengku Muhammad dan Tengku Natasya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Tengku Ampuan Pahang, IG Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza