Artis / Selebriti
” Tapi bila ada yang mengatakan benda yang tidak sepatutnya, hati ini terguris.. ” – Atu Zero
Kongsi video mengagihkan roti untuk kanak-kanak di kampungnya, Atu Zero luah rasa hatinya yang terguris dengan kenyataan seorang ahli politik berkenaan pemberian roti di Sabah. Alahai, kesiannya Atu..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik pelawak Atu Zero, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Atu sedang mengagihkan roti kepada kanak-kanak. Menurut Atu, aktiviti itu sudah lama dilakukan bersama isterinya setiap kali mereka pulang ke kampung di Sabah.
Tambah Atu lagi, roti berjenama Gardenia itu bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, malah turut menjadi kegemaran orang dewasa. Menurul laporan di Portal Mstar, Atu meluahkan rasa berkecil hati terhadap kenyataan seorang ahli politik sebelum ini yang tular mengaitkan pemberian roti dengan usaha memancing undi.
Jelas Atu, kenyataan sedemikian tidak wajar dikeluarkan oleh seorang pemimpin kerana boleh menimbulkan rasa kurang senang serta mengguris hati masyarakat di Negeri Di Bawah Bayu. Perkongsian terbaharu Atu itu telah menarik perhatian ramai.

Ada yang memuji keprihatinan Atu terhadap masyarakat kampung, malah tidak kurang yang menyatakan bahawa tindakan Atu patut dijadikan contoh. Bukan itu sahaja, mereka juga berharap agar isu seperti ini tidak diperbesarkan dan mengingatkan bahawa memberi itu satu amalan mulia tanpa perlu disalahertikan.
Tonton video di bawah ini :
Dalam pada itu, ramai warganet tampil memberikan sokongan kepada Atu menerusi ruangan komen. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Semoga Allah berikan kebaikan dunia akhirat buat tuan.. Seronok tengok semua kanak-kanak dapat roti, saya pun suka sangat roti gardenia.. “
” Alhamdulillah, saya suka tengok apa yg abang buat.. Semoga abag dimurahkan rezeki.. Doakan saya dapat buat sama mcm abg buat.. “
” Sume nak komplen lah, ni untung dia buat baik dapat pahala dekat dia yang komplen tu pandai cakap je.. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki atu.. “
” Lepas ni kami2 yg bercuti di sabah sarawak boleh lah beli bnyk2 buat bagi3 kat mereka disna ye.. Happy tengok dorang.. “
” Teruskan buat baik bang,syurga neraka kita bukan d mulut org… Allah Maha mengetahui niat dan perbuatan kita.. “
” Alhamdulilah magsukul.. sya pun plan mcm ni balik bawa roti gardenia.. Mamang n my family suka Tau.. So jgn rendah2ka. Mereka yg teringin rasa sedapnya roti ini… Nikmat bersedekah Allah yg Maha ketahui hambanya.. “
” Org buat baik biase laa ada yg kecam abaikan je.. lagi2 org y kecam tu jenis loser.. Abaikan je, terus je buat Atu, pahala pun dapat.. “
Apa yang dilakukan oleh Atu merupakan satu bentuk keprihatinan sebagai anak jati Sabah yang mahu membuatkan kanak-kanak di kampungnya berasa gembira. Semoga usaha kecil namun penuh makna ini menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk terus menyebarkan kebaikan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG akueatu, Portal Mstar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen

