Artis / Selebriti
” Tang reverse tu adehhh, penat lah macam ni. Kelakar wei, sakit perut aku gelak, haha.. ” – Komen Netizen
Norreen Iman Kongsi Video Membuat Aktiviti Snorkeling Tetapi Aksinya Itu Buat Warganet Terhibur. Sampai Ke Sudah Tak Boleh Menyelam Kalau Macam Ni Norreen. Asal Selam Je Terapung Sendiri, Lawak Lah Norreen. Pelampung Semulajadi Katanya, Haha !!
Norreen Iman antara selebriti yang mempunyai karakter lucu dan kelakar. Kata-kata Norreen yang spontan dengan ekspresi wajah tidak bersalahnya itu selalu menggeletek hati warganet. Ketika ini, Norreen sedang bercuti di salah sebuah pulau terkenal di Terengganu iaitu Pulau Perhentian bersama kawan-kawannya.
Meninjau perkongsian terbaru Norreen di akaun Tiktok, satu video yang memaparkan Norreen membuat aktiviti snorkeling. Kata Norreen, orang lain menyelam tubuhnya akan semakin ke dalam tetapi berbeza dengan diri Norreen kerana Norreen semakin timbul di permukaan air.
Setiap kali Norreen cuba menenggelamkan badannya ke dalam air, punggungnya akan membuatkan Norreen kembali ke atas dan terapung. Tergelak juga rakan-rakan Norreen dan mereka cuba membantu Norreen untuk menyelam lebih ke bawah.

Terhibur warganet melihat percubaan demi percubaan Norreen untuk menyelam itu. Norreen mengatakan dia menyukai aktiviti menyelam dan sekarang dalam proses untuk belajar. Panas hati juga Norreen melihat kawannya dapat menyelam dan membuat aksi di dalam air.
Jom tonton video di bawah :
@norreen143_ Orang berenang ke bawah, aku makin menaik 😂😂😂 macam mana tu ? #diving #perhentian
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 37 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hahaha kak saya baru abis nangis. Dah stop tengok video akak. sama lerrr… kitewww… rasanya saiz2 kita nihh sepatutnya tenggelam ekkk… tapi nape terapung.. ”
” Aku dah ada pelampung semulajadi, haha adui sorry tergelak tengok Norreen. xpsal berdekah aku gelak ni.. ”
” Hahahaha tang reverse tu adehhhh… penat la macam ni.. Itu tak diterima laut kak Norreen haha.. ”
” Kelakar weii.. sakit perut aku gelak haha.. Kakkk, saya pun macam akak. Dive tak tenggelam jugak. Stress betul.. ”
” Hadoiii la dia buat hal lagi, haha.. ni memang kelakar.. lan gelak tutop molot lan haha, aku la dia ni.. ”
” Noreen tak pernah menghampakan haha.. Terhibur la tengok video ni. Siapa macam aku nak terkucil gelak haha.. tak pernah tak lawak.. ”
” Aku dh la kat klinik ni .. nk amik mc weh. penat tahan gelak tak dak bunyi dalam klinik ni. mesti org ingat aku semput.. ”
Terhibur warganet menonton video Norreen ini. Bukan Norreen sahaja yang menghadapi masalah seperti ini. Ramai lagi yang satu geng dengan Norreen, tidak tenggelam dek kerana pelampung semulajadi. Apa-apa pun, semoga Norreen enjoy dengan percutian ini dan berjaya menyelam sebelum percutian berakhir. Good luck Norreen.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Norreen143
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

