Artis / Selebriti
” Tak tahu mana 1 gambar lama, mana 1 gambar baru. Tengok sama je.. ” – Netizen
Perkongsian Gambar Throwback Bell Ngasri Sejak Usia Kanak-Kanak Sehingga Kini Raih Perhatian Warganet. Gambar Yang Mengimbau Kenangan, Gambar Bell Masa Convo Pun Ada. Tak Banyak Berubah Bell Ni, Awet Muda Sangat !!
Nama Bell Ngasri semakin menjadi sebutan sejak dinobatkan dengan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian. Bell menjadi seperti satu fenomena, walaupun tanpa fan club, Bell menang atas dasar undi yang tertinggi daripada rakyat Malaysia.
Kejayaan Bell ini bukan hanya dirasai oleh Bell sahaja, malah seluruh keluarga terutamanya adik beradiknya, Darling Ngasri dan Datin Anne Ngasri. Mereka sama-sama berjuang untuk mencipta nama pada ketika itu. Meninjau akaun Instagram Bell Ngasri, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan gambar kenangan Bell.
Bell ketika kanak-kanak sehingga sekarang tidak banyak berubah. Wajah yang sama, begitu juga dengan Anne dan Darling. Menurut Bell, Darling yang menyunting video ini dan dapatlah warganet melihat wajah com0t Bell ketika kecil dahulu.

Dapat dilihat juga gambar ketika Bell tamat pengajian dan memakai baju konvo bersama ibu dan ayahnya. Terselit juga gambar ‘ Barkoba’ dengan semutarnya pada akhir video. Gambar-gambar yang mengimbau kenangan. Alahai Bell, dari dulu sampai sekarang tetap comel.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Bell ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Bell ni memang fenomena. Walau ABPBH dah habis, masih lagi kita bwrcerita tentang Bell. Mengimbau drama² lakonan Bell, kehidupan dan perjuangan Bell sbg anak seni. T.kasih hiburkan kami. Memang betul² terpaling deserved.. ”
” Yang pasti kamu adik beradik tetap awet muda Bell. Dari dulu sampai sekarang muka tu sama saja.. Awet muda betul.. Xtau mn 1 gambar lama mn 1 gambar baru… Tgok sama je.. ”
” Dari Nicholas – eight is enough, ke pak ustaz naik tadika to the thousands of watak …. semoga baik lancar dan dirahmati perjalanan nya till jannah.. ”
” Sebak pula. Mengimbau kenangan membesar di tahun 90’an, pengacara terkenal Uncle Ngasri Sain, pelakon terkenal anak-anaknya Nasrizal Ngasri, Nasreen Ngasri, Nasriah Ngasri. Mak saya minat keluarga “Nas” ni, sekali terlekat seorang nama abang Nas juga di depan, tapi Nasriq la.. ”
” Boleh la buat buku biografi macam fattah amin, bell. Tahniah skli lagi. knp x nmpk ayah bell pun dlm mane2 post.. tp tau je mak ayah dh berpisah.. ”
” Tahun berapa lah Bell ni lahir. Kenape mude sangat raut wajah dia ni. Nak tau, bell ni dah belakon dlm TV dan sy tengok saat sy maseh duduk kelas sekolah dasar tau.. sukses terus lah Abang bell ni, Barakallah.. ”
” Dah macam Arkib Khazanah Negara dah Bell ni.. muzium mana nk disimpan budak Bell ni haha. Acik gurau ye, bellngasriofficial.. ”
” Comot pun comot lah, janji ada kenangan kat situ ye dok. Comot yg berharga org kabo.. hehe.. Saya tengok bell dari saya kecik,, saya dah besar bell masih kecik ,tak nampak tua langsung.. ”
Tak tahu celah mana yang berubah Bell ni, dari zaman kanak-kanak sampai lah usia sekarang, wajahnya tetap sama. Maintain muda katanya warganet, tak dim4mah usia. Kenangan yang tidak akan dapat diulang kembali dan memberikan sejuta memori untuk Bell.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

