Artis / Selebriti
” Tak sangka bila Fasha bergabung dengan Kepom terus pecah gelak jadinya, haha.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein dan Fasha Sandha berbual kisah kenangan nak kahwin kali kedua buat ramai terhibur. Berdekah dua-dua gelak throwback kenangan lalu. Masuk air Fasha berjangkit dengan Kak Lina. Lawak lah, haha…
Meninjau di akaun Instagram radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon Fasha Sandha menjadi tetamu jemputan segmen Carta Era 40 yang dikendalikan oleh pengacaranya, Elly Mazlein. Menerusi video itu, kedua-dua mereka sedang rancak berborak.
Pada awalnya, Elly memuji Fasha semakin cantik. Bukan Elly sahaja, Fasha juga turut memuji Elly yang sentiasa kelihatan awet muda. Kata Fasha, kecantikan yang dimiliki mereka berdua kerana aura bahagia setelah mendirikan rumah tangga buat kali kedua.
Mendengar apa yang dikatakan oleh Fasha, Elly berdekah ketawa dan mereka sama-sama mengimbau kenangan lalu ketika mereka berdua berborak kisah berkahwin lagi. Kata Fasha lagi, kenangan itu tidak dapat dilupakan dan sekarang mereka begitu bersyukur dan bahagia dengan kehidupan baru mereka.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan terhibur menonton telatah Fasha dan Elly yang saling menyakat antara satu sama lain. Sehingga kini, video temubual Elly bersama Fasha menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tak sangka bila Fasha bergabung dengan Kepom terus pecah gelak jadinya, haha.. Dengar dari dlm kete td penat gelak.. Tengok sini lg pecah ketawa nye.. “
” Haizzzzz aku suka pulak tgk dua dua nie berborak ye.. Aku pun nak join sekali.. Ngam betul, dua2 masuk air, hahahahaha.. “
” Dua dua cantik menawan pilihan suami yang terbaik, tq pada suami mereka berdua kerna menjaga mereka dengan baik.. Moga moga bahagia dunia dan akhirat.. Amin.. “
” Hahaha msti laki kak kepom hari2 berdekah dgn she, tengok lah, sentiasa kelakar. Cun habis lah Fasha bila dah bertudung ni.. “
” Nampk muda dan air muka nampak sejuk je tengok.. akde panjang lagi ke video ni.. Tak puas tengok . Nak tengok kat mana yang panjang ek.. “
” 10 kali ulang 10 kali gelak.. Tq hiburkan hati kita kak.. Alhadulillah, dua2 akhirnya capai bahagia bila berkahwin buat kali keduanya.. “
” Fasha ni mmg lawa, model look kan tp sejak pakai tudung bertambah lawa.. Universe terus.. Fasha yg tak lawak tu bila ngn Kak kepom auto jadi lawak kan…. Dia jgn jumpa geng ni.. “
Terus ‘masuk air’ Fasha apabila ada bersama Elly, suasana menjadi semakin meriah. Selain itu, ramai yang turut memuji penampilan terbaru Fasha yang cantik berhijab. Apa-apa pun, semoga Fasha dan Elly terus bahagia bersama keluarga masing-masing dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

