Artis / Selebriti
” Tak pernah sesaat pun kasih sayang Daddy berkurang pada Fatima.. ” – Fattah Amin
Posting Fattah Amin sempena hari lahir anaknya, Nur Fatima Aisya raih perhatian ramai. Fattah turut berkongsi video memori bersama Fatima. Alahai, sweetnya..
Hari ini genap usia Nur Fatima Aisya 5 tahun. Meninjau ke akaun Instagram Fattah Amin, satu ucapan hari lahir telah dikongsikan beserta beberapa video kenangan bersama Fatima. Alahai cepatnya Fatima sudah semakin membesar.
Antara video yang dikongsikan ialah ketika Fattah membawa Fatima bercuti ke Hong Kong Disneyland. Moment ini pastinya satu memori indah buat Fatima juga kerana dapat meluangkan masa lebih lama bersama bapanya. Fatima juga dilihat begitu seronok ketika berada di sana.
Di ruangan kapsyen, Fattah meluahkan rasa kasih dan sayangnya terhadap satu-satu cahaya matanya. Fattah mengucapkan selamat hari lahir buat Fatima dan mendoakan yang baik-baik buat Fatima. Menurut Fattah, dia akan menyambut hari lahir Fatima keesokan hari.

Perkongsian video dan ucapan ini telah menerima lebih 62 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh 9 jam yang lalu ia dimuatnaik. Fatima sememangnya sangat rapat dengan Fattah sejak dari kecil lagi. Sesuai dengan gelaran daddy’s girl.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan selamat hari lahir buat Fatima. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen:
” Video ke 3 tu reactionnya priceless betul. Childhood memories ni kekal forever… MasyaAllah.. Forever Daddy’s princess girl Happy Birthday dear Fatima! “
” Happy birthday NurFatima Aisya….semoga Allah jaga d berkati hidupnya dn d beri segala kebaikkan dunia akhirat .. “
” Alahaiii comelnyerr Fatima & her cousins ulang tgk byk kali sbb nk tgk reaction muka dorg omeyyy angattt smoga ikatan persaudaraan antara korg bertiga tetap utuh.. “
” Weeee sama kak long ya bulan fatima lahirnya. MasyaaAlloh. Jdi anak yg sholihah ya. Beli jiwa ank dlu…b4 married,then hapinest after baru celebrate…gd ddy.. “
” Happy birthday Fatimah. Semoga jd insan cemerlang dunia akhirat. semoga tumbuh membesar menjadi anak yang baik buat kedua2 org tuamu,jadi wanita solehah yang pintar dan sentiasa sihat.. “
” Sanah Helwa Nur Fatima Aisya. May Allah bless you with all the goodness and May you always be the coolness of your parents eyes.. “
” Happy Birthday Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah semoga menjadi anak yg. solehah kebanggaan daddy…. semoga yg. baik2 sahaja untuk fatima. Aamiin…. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke lima tahun buat Nur Fatima Aisya. Semoga membesar menjadi anak yang solehah, berjaya dalam kehidupan di dunia serta di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

