Artis / Selebriti
” Tak mengenakan orang tak sah si Roy ni.. ” – Netizen
Video Roy Azman Mengusik Dato’ Ramli MS Buat Ramai Terhibur. Macam Nak Marah Jer Tok Ram, Tapi Ketawa Roy Tu Rare Sungguh !!
Meninjau ke akaun Instagram Roy Azman, perkongsian sebuah video yang memaparkan Roy mengusik Dato’ Ramli MS telah membuatkan ramai terhibur. Roy sememangnya gemar mengusik sesiapa sahaja tidak kira sama ada orang itu seorang yang serius atau pun sama kelakar.
Roy mengusik Dato’ Ramli dengan menyatakan telah bertemu penyanyi Maher Zain di Dubai dan orang tersebut merupakan Dato’ Ramli MS. Di awal video pastinya ramai menyangkakan Roy bertemu Maher Zain yang sebenar, namun tertipu apabila menunjukkan Dato. Ramli.
Dapat dilihat Dato’ Ramli begitu serius dan memandang Roy dengan pandangan mata tajam. Adoi, Tok Ram pun jadi mangsa Roy untuk mengusik. Nasib baik Tok Ram nampak cool sahaja walaupun Roy ketawa terbahak-bahak tanpa berhenti.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ratusan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Roy dan Dato’ Ramli masih lagi bergandingan bersama untuk musim baru Travel Lawak, Projek Bapak-Bapak yang bersiaran di Astro Warna.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa kerana terhibur. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Tak mengenakan org tk sah si roy ni.. Notty Abng Roy.. ni ramli zain.. Maher zain yang ni muka garang tapi kelako ya .. “
” Sipi sipi ajer, tok ram… maaf TokRAM… daku terketawa.. tabaikkkk tauuu.. Maher zain versi bertahi lalat.. ada manissss.. “
” Mmg sunyi tok ram tanpa roy…dengar roy gelak pun dah cukup buat kita terhibur.moga terus bersahabat hingga ke syurga…in syaa allah…aamiinnn.. “
” Topi sama tokram.. Gelak Abg roy tu yg fyp.. Program bapak² ni sunyi klu abg thisisroyazman takde tukang sakat bapak² lain.. “
” Eh? Dato tokram_ramlims dah bertukar jadi Maher Zain. wakkkkk dia gelak mcm kita wak.. maher zain G force.. Nak gelak tp takut lah tokram marah.. “
” Tokram kalau kenakan orang kemain dia gelak. Time dia kena, mula la “kau ingat kelako” “apa yg kelako” .. Aduh…makin tk sbr plk nk tgk PBB ni di tyg kn.. “
” Real saye tengok ulang alik, tok ram yg muka serious boleh kelakar pun.. ” dia la kalau nyakat org kemain.. Kalau tk bahan kan oang mmg tk sah.. “
Setiap musim Projek Bapak-Bapak sentiasa menghiburkan dengan telatah empat selebriti iaitu Roy Azman, Dato’ Jalaludin Hassan, Dato’ Ramli MS dan Jatt Ali. Semakin rancaklah Roy menyakat kesemua selebiti Projek Bapak-Bapak selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Roy Azman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen



