Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice

Video content terbaru Sheila Rusly bersama menantu-menantunya, Elisya Sandha dan Beatrice Chitra buat ramai terhibur. Masing-masing suruh mak mertua masak. Part Beatrice merajuk tu kelakar. Bak komen warganet, dia je yang berani lawan Sheila Rusly, hehe..

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Sheila Rusly, telah dimuatnaik sebuah video yang memaparkan telatah dua menantunya yang mencuit hati. Pada awalnya, kelihatan Sheila bersama Beatrice sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah. Suasana kelihatan santai dan ceria sebelum tiba-tiba telefon Sheila berdering.

Rupa-rupanya, Elisya menelefon ibu mentuanya itu dan dengan manja meminta supaya dimasakkan mee kari. Nada suaranya yang lembut dan bersahaja jelas menggambarkan kemesraan hubungan mereka. Mendengar perbualan tersebut, Beatrice yang berada di sebelah Sheila tidak mahu ketinggalan untuk membuat permintaan.

Dengan selamba, Beatrice turut meminta agar dibuatkan popia pula. Mendengar permintaan bertalu-talu itu, Sheila secara spontan berseloroh bertanya sama ada Beatrice menyangkakan dirinya seorang “bibik” yang perlu memasak semua yang diminta.

Namun, apabila permintaannya seperti tidak dilayan, Beatrice pura-pura merajuk dan mempersoalkan kenapa permintaan Elisya diterima, lalu berseloroh mengatakan Sheila seorang ibu mertua yang pilih kasih. Gelagat manja dan bersahaja mereka itu menghiburkan ramai.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan pelbagai respon dan menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :

” Dia je berani lawan sheila rusly, haahha.. Kuat sentap juga Beatrice, nasib mak mertua masak juga popia tu, haha.. “

” Gituu jee dia marah kat sheila rusly, hahaha kelakar betul lah menanti sis sheila sorang ni. keras gusi kita ketawa.. “

” Macam tu la rasa ade anak perempuan ye. Sebelom ni rasa anak lelaki je, haahhaha.. Tu tak kira masing2 merajuk, naik pening ler.. “

” Suke btl tgok manantu shila yg ni klkar slmber je ek… Adoii best mak mntua pun sabar je kne sound, haha.. “

” Apa2 saja no.2 mmg tak boleh lawan dia.. Sekali hembus mmg berapi ayat dia.. Kalau dia merajuk lagi lah pening, haha.. “

” Marah2 pun, masakan juga untuk menantu, haha.. Nasib baik 2 org je menantu. Kalau ramai pening mertua.. “

” Bertuah sungguh kalu dapat mak mertua dari syurga, request jer nak makan apa.. Semua siap.. Teringt pulak last year trice goreng popia hangit, haha.. “

Namun begitu, pada akhirnya, Sheila tidak sampai hati menghampakan permintaan dua menantu kesayangannya itu dan kelihatan Sheila telah menyediakan kedua-dua menu yang diminta iaitu mee kari dan juga popia. Lebih menarik perhatian, hasil masakan tersebut tampak begitu menyelerakan sehingga membuatkan warganet turut terasa lapar melihatnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG sheilarusly_jspictures

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak