Artis / Selebriti
” Tak expect perangai Mr. Kueh tu macam tu, pastu Erra nakal boyish gitu. Perfect match.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Erra Fazira dan Ezwan Zain makan bersuap buat warganet terhibur. Alahai comel je masing-masing paksa suruh makan banyak. Sweet sungguh cara Mr E layan Erra..
Masih lagi dalam fasa pengantin baru, pasangan Erra Fazira dan Ezwan Zain memikat hati warganet dengan telatah spontan mereka apabila bersama. Erra dikatakan agak boyish dan kasar tingkah lakunya, manakala Ezwan pula dilihat sebagai seorang yang soft spoken dan gentleman melayani isteri tercinta.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Erra dan Ezwan selepas selesai temubual mereka di Radio Sinar beberapa hari yang lalu. Pasangan ini bersama penyampai Sinar yang lain menjamu selera dengan sedikit jamuan ringan.
Ezwan mengambil kek hasil tangan Maria Arshad yang dibawa oleh Sharifah Shahirah dan memanggil Erra supaya makan bersamanya. Ezwan dengan spontan menyuap Erra kek tersebut dan selepas satu suapan, Ezwan menyuruh Erra makan lagi membuatkan Erra marah-marah manja dan menyebut ‘sayang’.

Selepas itu, Erra pula menyuap Ezwan makan dan mereka sempat bergurau senda. Falyq yang melihat gelagat pasangan pengantin itu ketawa, Ezwan juga turut ketawa bersama. Manis sungguh percintaan mereka dan cara Ezwan menjaga hati dan meratukan Erra dipuji oleh warganet.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Asal cikda tgk dedua dah mcm meow eek omey nya adoii.. Bila jumpa yg sekufu… auto jadi diri sendiri.. Happy tengok erra versi ni.. “
” Ambik la dunia ni.. aku hampir giler tersenyum sendiri.. sejak penomena Erra & Ezwan, akak jadi macam tak ‘ betul sedikit’.. selalu senyum2 sendiri.. “
” Setelah tgok potcast Kasi Onz mak bertambah-tambah lurrrrveee gilurrr dgn dua ketul nie ! Sbb tak expect pun perangai Mr.Kueh tu mcmtu pastu Erra nakal boyish gitu. Perfect match.. “
” Mesti mrE ni sll kene buli dgn erra kan tp memang betul kata MIL dia, mrE ni mmg good looking.. “
” Ak nmpk psangan dan hubungan yg sngat matang aa love betul ek.. xpyah buat apa dh nmpk manja wlau simple je dia buat.. “
” EEeeeeee…. Comeiiiiiiiii betoiii la org lama bercinta ni.. Org tua ni mmg, dia nak bini dia cukup makan. tersenyum sorang sorangg ermmm… kak eraaa semoga bahagiaaa dgn Mr.E till jannah kak.. “
” Relax je erra xyah nak control ayu.. Bersuap plak.. layankan je luvbirds ni. Tgok usben die meratu kan wife dia.. Haisss… dia org berdua ni kan.. aku jarang utk cair tgk pasang yg sweet² ni… tp dia org ni mmg.. haisss geram.. “
Pastinya ramai yang tersenyum melihat gelagat Erra dan Ezwan ini. Apabila orang berusia bercinta, ‘manis’nya terlebih sampai terasa ke hati yang melihatnya. Semoga kebahagiaan pasangan ini berkekalan sampai ke akhir hayat dan terus bercinta sampai bila-bila. Cinta abadi Erra dan Ezwan, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan

