Artis / Selebriti
” Tak ada dialog, dia keluar je aku dah gelak besar. Ni bukan Falah, ni Dah Lah, haha.. ” – Komen Netizen

Video Dr Izzar Anwari membuat iklan baju raya Bulan Bintang versi tersendiri buat warganet terhibur. Amboi Dr Izzar belum move on daripada Falah ni. Kapsyen tu memang lawak betul, haha..
Ummi Nazeera muncul sebagai duta untuk pakaian raya popular, Bulan Bintang tahun ini. Populariti Ummi lebih-lebih lagi drama fenomenanya tahun lalu ‘ Andai Tiada Dia’ masih terkesan di hati peminat dan ramai yang belum dapat move on dari kisah Suri dan Falah itu termasuk suami Ummi sendiri, Dr Izzar Anwari.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Izzar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ummi mengenakan busana Bulan Bintang dan sambil melontarkan dialog sedih ketika Suri menjerit di tepi pantai memanggil Falah. Moment ini dilakonkan semula, namun ada penambahan karakter.
Pengasas Bulan Bintang sendiri turut berlakon dalam klip pendek ini dan membuat seakan-akan terkejut mendengar jeritan Suri. Kapsyen Dr Izzar juga mencuit hati warganet, sempat juga diselitkan kisah penyakit Falah dalam penerangannya itu.
Pada penghujung video, Dr Izzar sendiri keluar seperti watak hero di akhir cerita dan berlalu pergi bersama cermin mata hitamnya. Ayat yang tertera pada paparan video ‘ tak akan datang ‘ buat semua terhibur. Selalu orang nantikan drama ‘akan datang ‘ tetapi yang ini memang tak akan datang sampai bila-bila.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Adoi. Cepat-cepat la sembuhkan luka suri tu doktor.. Sian dia. Dari tahun lepas duk jerit-jerit Falah.. “
” Tak ada dialog, dia keluar je aku dah gelak besar.. Saya mati mati ingat Falah yang keluar haha.. “
” Ni bukan Falah, ni dah salah.. bulan bintang tak akan datang haha.. sakit perut betul lah dengan dc izzar ni.. “
” Aku rasa DR makin lama makin lawak tak dijangka kan. ada jee dia edit video buat aku tergelak doh .. hahahaa.. “
” Wah cameo, nasib tunggu sampai habis.. baru tertunggu-tunggu bila ceritanya, tak kan datang rupanya.. “
” Kadang kadang ragu betul, betul ke doktor ni haha.. dia punya lawak, tak yah ada dialog pun memang orang akan ketawa.. “
” Doc, kalau hero drama time nak pakai spec tu dia ala2 slow mo ja.. ni nampak gaya patient tengah menunggu giliran tu.. “
” Dr ni makin menjadi-jadi ye. makin kelucuan.. takkan datang tetap dinantikan. ni bukan Falah, ni Dah Lah haha.. “
Kalau tak lawak bukan Dr Izzar lah namanya. Ada sahaja idea kreatifnya untuk menghiburkan semua sehinggakan ada yang keliru profesion sebenar Dr Izzar antara doktor atau pelawak. Apa-apa pun, iklan yang power tanpa dialog pun boleh membuatkan semua berdekah ketawa.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Izzar Anwari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen