Artis / Selebriti
” Tahniah Syah Inteam, Alhamdulillah berjaya mendidik anak menjadi hafiz.. ” – Komen Netizen

Video anak Syah Inteam, Muhamad Mustafa menerima gelaran Hafiz Al-Quran raih pujian ramai. Hebatnya anakanda Syah ni, bukan semua orang dapat hafal 30 juzuk dalam masa singkat. Terang hati sungguh..
Kejayaan bukan hanya sekadar diukur pada segulung ijazah sahaja. Bagi ibu bapa muslim, kejayaan paling membanggakan adalah apabila anak berjaya khatam dan menghafal Al-Quran kalam Allah. Ianya nikmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Akademi Akmal, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak Syah Inteam bernama Muhamad Mustafa menerima anugerah atas kejayaannya berjaya menghafal Al-Quran. Hanya 11 bulan yang diambil oleh Mustafa untuk menghafal 30 juzuk.
Kegembiraan terpancar pada wajah Syah Inteam dan isteri atas kejayaan anak mereka ini. Seorang anak bergelar Hafiz Al-Quran, itu impian ramai ibu bapa. Pastinya Mustafa juga merasa puas kerana impian kedua ibu bapanya untuk dia bergelar Al-Hafiz tercapai.
Melihat wajah gembira Syah dan isteri di atas pentas bersama anak mereka, ramai yang memasang impian untuk anak bergelar Al Hafiz. Warganet juga memuji wajah Syah Inteam yang tidak begitu dimamah usia dan kekal kelihatan muda sama seperti dahulu. Cara kerdip mata Mustafa dan Syah pun sama, memang anak ayah sangat.
Jom tonton video di bawah :
@akademiakmal Alhamdulillah, Hafiz 30 Juzuk! Tahniah anakanda kepada Syah Inteam yang kini bergelar Hafiz Al-Quran 30 Juzuk! MasyaAllah, satu pencapaian yang sangat luar biasa! Bukan semua orang diberi rezeki sebegini. Dan bukan semua anak mampu tempuhi perjalanan ni tanpa bimbingan, sokongan dan doa yang tak pernah putus daripada mak ayah tersayang serta murabbi. Tahniah buat Inteam dan seluruh keluarga atas anugerah yang sangat besar dan penuh keberkatan ini. Semoga anakanda terus thabat di jalan Al-Quran dan menjadi asbab syurga buat keluarga 💚 #akmalspeedtahfizprogramme #tahfizsetahun #haflahtakrimi #haflahtakrimi6 #maraberjuang #permataumiabi #hafizsetahun #syahinteam
♬ original sound – Akademi Al-Quran AKMAL – Akademi Al-Quran AKMAL
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 36 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Fuhhh 11 bulan je tu.. power²… klau siapa dpt hafal bwah setahun tu mmg otak dia bijak la… ak dulu pon 3 tahun bru abis.. “
” Tahniah d atas kejayaan,didikan yg sempurna.. proud of you 11 bulan boleh hafiz Quran.. moga ankanda Sy bakal Hafiz jua. Aamiin.. “
“Inilah sebenarnya kejayaan ibubapa atas dunia dan akhirat insyaaAllah.. tahniah dik… juga buat ibu ayahnya.. “
” Peminat inteam hadir. Tahniah Syah Alhamdulillah . Brjaya mndidik ank mnjadi hafiz.. anak yg soleh.. “
” SubhanAllah, tahniah buat anakanda abg syah.. hafiz 30 juzuk.. cara kelip mata memang ayahnye sungguh.. “
” MasyaAllah blh hafal quran xsampai setahun. tahniah dik.. moga berjaya dunia akhirat.. Alhamdulillah.. seorg ayh n ibu yg berjaya,apabila ank berjaya hafal 30 juzuk quran.. “
” Sejuk perut ibu mengandung.. syah pnya snyum tu msih mnis mcm dlu. msti bgga sngt2 ank dya brjaya mcm n. smoga kta pown dpt rzki mcm n. insyaAllah.. “
Alhamdulillah rasa bangga yang turut dirasai oleh warganet dengan kejayaan anak Syah. Bukan mudah tetapi berkat usaha, doa dan sokongan daripada Syah sekeluarga dan tenaga pengajar, kejayaan ini berjaya ditempa. Semoga Mustafa menjadi insan yang berguna kepada agama.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Akademi Al-Quran AKMAL, ig Syahinteam, Portal Sinar Plus
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sejarah serbuk arang gigi Dherbs berulang kembali. Random lah Ammar, mengekek gelak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Asyik tersasul je Fattah ni. Adik-adik yang baik tak pandai nak menipu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” I watched the years pass from a far, never near enough to whisper.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Sebak suara YB cerita pasal Ayden. Dia punya sebak dan risau tu macam anak dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kak Long spill the tea, Aca pulak menyambung. Last last Aca yang kena dengan Fattah. Kantoi semua dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Jawapan Ayden tu buatkan kita pula terharu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terpecah dah tembelang Abang Long. Jujur betul adik beradik Abang Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cara Hayder cakap tu macam dah lama pendam tu, haha.. ” – Komen Netizen