Artis / Selebriti
” Sweetnya Tuanku, boleh lawan kehebatan pengantin baru Putera Mateen dan Dayang Anisha.. ” – Netizen
Video Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdullah Bersama Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah dan Anakandanya, Tengku Muhammad Menyanyi Di Majlis Santapan Putera Mateen. Alahai Sweet Betul Agong Ni, Kalah Pengantin Baru !!
Majlis perkahwinan diraja Brunei antara Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Binti Adam sudahpun selesai semuanya. 10 hari yang bersejarah dan banyak tercipta memori indah untuk pasangan pengantin diraja dan juga seluruh rakyat negara Brunei.
Majlis terakhir adalah majlis santapan diraja yang melibatkan ramai tetamu kenamaan antaranya Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdullah dan permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah. Anakanda Sultan Abdullah, Tengku Muhammad juga menemani ayahanda dan bondanya ke majlis ini.
Menerusi akaun Tiktok Meszananie, telah dikongsikan gelagat Sultan Abdullah menyanyi bersama Tunku Azizah dan Tengku Muhammad. Kejadian ini menjadi rekod dalam sejarah apabila raja, permaisuri dan anak raja berpadu suara di majlis rasmi.

Seperti biasa, lagu kumpulan Spring menjadi pilihan Sultan Abdullah. Lagu Butakah Cinta dinyanyikan dengan baik oleh ayah dan anak ini. Sweet sahaja melihat Sultan Abdullah merangkul pinggang Tunku Azizah sampai menyanyi tu. Ini pengantin lama yang tak pernah tak sweet.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@mesznanie Replying to @zairinna3 Rekod dalam sejarah, Raja, Permaisuri dan Anak Raja menyanyi 🎤🎤 Daulat Tuanku 🙏 Akhirnya jumpa video penuh YDPA, RPA & TM menyanyi. special credit tiktok @fezah148 🤝 nah sis 😁 @zairinna3 @𝑪𝒐𝒄𝒐🍉 @akakkecik76 #ydpa #rpa #tengkumuhammad #tabtms #menyanyi #brunei #perkahwinandirajabrunei2024 #princemateen @Annaniee @Annaniee @Annaniee
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dengar je lagu ini mesti rakyat teringat dipertuan Agong, daulat Tuanku Semoga tuanku n permaisuri n anak2 tuanku dlm lindungan Allah SWT Aamiin.. ”
” Lagu kebangsaan Agong ni hehe. Lagu ni tuanku suka sangat, memang selalu tuanku nyanyi lagu ni depan umum.. ”
” Sporting nya agong dan permaisuri kita ni. ade tengku muhamad tu plak lgi comey, raja brhati jiwa rakyat.. ”
” So sweet Ydpa and RPA…. the most sweetest and loving couple forever … they show us that their love is pure since the day they met untill now.. ”
” Daulat tuanku selalu nyanyi terbaik lah mantap tuanku.. lagu selalu tuanku nyanyi terbaik lah tuan.. ”
” Sweetnya memang lagu favaourite Agong ni. Agong punya sweet tu memang kalah lah pengantin baru hehe.. ”
” Sweetnye tuanku dan permaisuri.. boleh lawan kehebatan pengantin baru prince mateen dn dayang anisha kemanisannya.. ”
Mendengar lagu ini, memang rakyat jelata akan teringatkan Sultan Abdullah. Sudah sinonim lagu Spring ini dengan Tuanku. Pasangan raja dan permaisuri yang paling sporting dan berjiwa penyayang. Semoga Allah limpahi Tuanku dengan kebahagiaan dan kesihatan yang baik selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok mesznanie , ig inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa



