Artis / Selebriti
” Sweetnya suka tengok dorang sekeluarga, muka seiras. Beautiful family.. ” – Komen Netizen
Puteri Balqis komgsi gambar-gambar sekitar majlis pertunangannya raih perhatian warganet. Ramai tumpang gembira melihat kebahagiaan Aqish bersama seluruh keluarga. Akhirnya Aqish jumpa bahagia yang dicari, tahniah Aqish..
Nama pelakon hebat, Puteri Balqis Ashikin bukan nama asing buat peminat seni tanah air. Sejak kecil lagi, Puteri Balqis atau mesra dengan sapaan Aqish ini sudah berjinak dalam dunia lakonan. Kehidupan Aqish yang penuh pancaroba bersama ibunya juga pernah menjadi perbualan satu ketika dahulu.
Menerusi perkongsian terbaru Aqish di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan majlis pertunangan antara Aqish bersama jejaka pilihan hatinya bernama Didi. Majlis ini diadakan secara tertutup dan cuma dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.
Sama cantik dan sama padan, Aqish dan Didi kelihatan secocok bersama. Ketika majlis itu, ibu Didi menyarungkan cincin ke jari Aqish sebagai tanda pertunangan. Melihat gambar-gambar yang dikongsikan ini dapat digambarkan betapa bahagia perasaan ibu Aqish.

Aqish turut berkongsikan satu coretan surat daripada ibunya yang bertarikh 12 Ogos 2025. Bingkisan hati yang cukup mendalam maksudnya dan ianya mengenai kehidupan mereka. Derita itu kenangan dan kini Aqish sedang menempuh hari-hari bahagia bersama insan tersayang.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 66 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” MasyaAllah beautiful family. Congrats sayang.. ” – Fasha Sandha
” Tahniah sayang dan pasangan.. semoga dipermudah segalanya buat aqish dan family.. semoga bahagia selalu.. “
” Tahniah atas pertunangan kalian — buat jiwa yang bekerja mencari rezeki sejak kecil, yang menjadi dewasa sebelum waktunya dan belajar menelan pahit kehidupan dengan senyuman. Moga ikatan ini menjadi teduhan bagi hati yang lahir dari luka, dan cinta ini menjadi bahagia yang akhirnya memilihmu tanpa syarat.. “
” I follow aqish dari dia kecil. Arwah my mom suka lakonan dia. I am so glad you found your love of life. I always support you dik dari dulu kini dan selamanya. Berbahagialah ye adik online kak.. “
” LOVE YOU ADIK . Tahniah untuk kegembiraan yang tidak ternilai. Tetap bahagia bersama mereka yang sentiasa menghargai aqish.. “
” Balqis sayanggg.. semoga bahagia selalu dik. Alhamdulillah Allah dah hadiahkan sesuatu yang indah setelah perit yang Balqis dan Mommy Balqis lalui. Semoga kekal bahagia sampai syurga untuk Balqis sekeluarga.. “
” Sweet nyaaaa. Sukaaa tgk dorang sekeluarga. Muka seirass. Semoga jodoh berpanjangan ke jannah. Aqishh klo snyum lebar teringat dia masa kecik blkon comel2.. “
” Aqishhhh selamat menempuh alam pertunangan dan semoga ianya berakhir dengan ikatan perkahwinan serta bahagia buat selamanya. Alhamdulillah, I’m super happy for you.. “
Alhamdulillah hanya selangkah sahaja lagi Aqish dan pasangannya untuk ke jinjang pelamin. Tahniah Aqish daripada kami di Berita Kopak atas pertunangan ini. Semoga segala perancangan Aqish untuk ke fasa seterusnya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Morosechild
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti3 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

