Artis / Selebriti
” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
Neelofa kongsi video gelagat anak sulungnya, Muhammad Bilal ketika diminta mencuba pakaian yang diberikan oleh Jebat Jayden buat warganet terhibur. Part Bilal suruh Umi basuh dulu baju tu comel sangat. Bijak sangat ni Bilal..
Kehidupan selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa bersama Haris Ismail dan anak-anak mereka, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas seringkali menjadi perhatian wargamaya. Neelofa dan Haris sangat menjaga privasi Bilal dan Abbas dan sehingga kini pendirian pasangan ini masih teguh untuk tidak mendedahkan wajah anak-anak mereka di media sosial.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Lofa Redland dan Neelofa Brand, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bilal ketika bersama Neelofa. Bilal yang bakal berusia 4 tahun pada bulan Februari akan datang semakin petah bercakap.
Neelofa menunjukkan beberapa helai pakaian berjenama yang diletakkan dalam sebuah paperbag. Baju-baju ini adalah pemberian Noornabila iaitu baju-baju lama Jebat untuk Bilal. Neelofa meminta Bilal untuk mencuba dahulu baju tersebut, namun jawapan Bilal menghiburkan hati warganet.

Percakapan Bilal yang kedengaran ada slang tersendiri membuatkan ramai yang geram. Bijak Bilal apabila dia menyuruh Uminya untuk membasuh dahulu baju-baju tersebut sebelum menyuruh Bilal memakainya. Bilal sudah memahami erti kebersihan.
Jom tonton video di bawah :
@lofa.redland Bilal yag hygine.. apa2 punbasuh dulu ya ummi😍
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Pandainya, comel jer, last dia sebut … Thank You Aunty Bell.. suara abang Bilal comelnya. sedap dengar dia cakap macam orang Sabah pun ada.. “
” Baju semua mahal mahal.. slang Bilal macam mat saleh lah, masya Allah.. pandainya abang bilal suruh umi basuh dulu.. “
” Comel la bilal ni.. suara dia tu melting dengar.. Anak yg bijak. Suruh basuh dulu baju sblm pakai..walaupun tu baju jayden, dia dah diterap dgn cara tu.. “
” Masya Allah branded mahal mahal baju tu. Dior, burbery, balenciaga.. bagus dorang ni, tak membazir.. jebat bagi bilal.. “
” Cantiknya t shirt gucci. bape rm ya korang agak-agak sehelai. dengar suara je dah comel bilal ni. ayat tu dengan kita pun tergelak sama dengar.. clever boy.. “
” Umur 5 tahun nanti baru Bilal masuk pre school ye.. anak bijak.. sedap dengar Bilal cakap suruh umi basuh dulu tu.. “
” Baju abg jayden bagi macam baju baru lagi belom pernah pakai dia punya elok tu.. suka dengar slang bilal.. suara nak sama dengan jayden.. bijak sangat ni.. “
Seronok warganet mendengar setiap tutur kata yang keluar dari mulut Bilal itu. Bagus Bilal, sejak kecil sudah diajar mengenai kebersihan. Neelofa sendiri juga tergelak mendengar ayat Bilal. Semoga Bilal menjadi anak yang soleh selalu dan kebanggaan keluarga apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Lofa.redland
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

