Artis / Selebriti
” Surprise ‘ super car ‘ untuk Tok Ma.. ” – Fizo Omar
Video Fizo Omar dan isterinya, Fazeera bagi hadiah kejutan kepada ibu Fizo raih perhatian ramai. Wah bagus adik beradik kongsi duit beli hadiah untuk ibu. Comel sangat super car ibu Fizo. Cucu-cucu lah yang terpaling seronok kalau macam ni..
Meninjau ke akaun Instagram Fizo Omar, perkongsian sebuah video yang memaparkan Fizo dan isterinya, Fazeera membuat kejutan hadiah hari ibu buat ibu mereka telah meraih perhatian ramai. Fizo membelikan sebuah ‘ super car ‘ buat ibunya yang tercinta.
Ia merupakan sebuah buggy dan dibeli hasil perkongsian duit bersama adik-beradik Fizo yang lain termasuk isteri Fizo. Sebelum ini, ibu Fizo hanya menggunakan scooter selama 6 tahun untuk bergerak ke mana-mana terutamanya ke masjid.
Kali ini Fizo menghadiahkan buggy kerana ia lebih selesa kerana mempunyai bumbung dan boleh dinaiki seramai empat orang. Wah, comel lah ‘ super car ‘ Tok Ma. Rasanya cucu-cucu Tok Ma yang akan lebih teruja untuk menaiki buggy ini nanti.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang memuji sikap Fizo dan isteri yang sentiasa membahagiakan ibu Fizo. Semoga hubungan mereka berkekalan selamanya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Woww good ideas..Kena cari jugak ni sesuai my dad pergi kelas mengaji harian dia .. trbaikk bro & wife .. lebih ngam lagi bila cap tu cantik … hehe .. “
” Haaa scary.. hahahaha dia kate more to come .. hahahaha anyway, alhamdulillah.. wahh boleh bw kwn2 g surau 4org naik ne.. “
” Ala comelnyaaaa! Moga setiap putaran roda membuahkan pahala utk ur family dunia akhirat , Nk beli gok so. Brp rial tu agak2 ye.. “
” Fizo dgn wife mmg terbaekkk…Alhamdulillah .. wahh mcm buat saie gi masjid pakai buggy.. Masyallah alhamduliillah murahrezeki amin.. “
” Baiknya anak dan menantu.Semoga kalian berdua terus hidup berkasih sayang dan dilimpahi rezeki yg berkat lg melimpah ruah.. “
” Hapy sgt tengok… tahniah anak2 tokma yg sgt penyayang slmt hari ibu tokma, semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik, bahagia bersama anak cucu dalam rahmat kasih syg Allah.. “
” Perghhh terbaikkkkk camtik lah mak fizo.. beruntung mak abg fizo.. mcm buggy hotel. beli mana ni.. macam menarik nak se.. “
Wah, seronoknya apabila dapat menggembirakan ibu kita sebegini. Semoga Fizo dan adik-beradik yang lain dimurahkan rezeki selalu asbab berbakti kepada ibu mereka. Selepas ini makin seronok ibu Fizo untuk pergi ke masjid selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen


