Connect with us

Artis / Selebriti

” Sudah la jelas lagi nak bersuluh. Mata ibu Fattah tak boleh menipu. Nampak gembira sangat.. ” – Komen Netizen

Video kemesraan Amira Othman bersama ibu Fattah Amin, Ibu Azizah. Wah ibu Fattah perkenalkan Amira pada saudara mara. Fattah ajak Amira sekali bergambar dengan family dia. Part Fattah dan Amira sama-sama pimpin ibu masa turun tangga tu pun sweet sangat..

Tahun ni ternyata berbeza kehidupan Fattah Amin. Banyak yang berubah dan aura positif yang dibawakan oleh orang-orang di sekeliling Fattah juga banyak memberikan kesannya. Fattah kelihatan semakin tenang dan ceria di samping keluarga tersayang dan rezekinya juga mencurah-curah.

Meninjau entry di akaun Tiktok Rissa Skin HQ dan Imani Imtiyaz, telah dikongsikan antara moment menarik ketika berlangsungnya majlis rumah terbuka anjuran Fattah semalam. Seperti yang dijangka rakan sekerja Fattah, Amira Othman turut menjadi tetamu undangan istimewa.

Kehadiran Amira disambut mesra oleh ibu Fattah, ibu Azizah. Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan ibu Azizah membawa Amira untuk bertemu saudara mara yang sudah duduk di meja. Amira pandai membawa diri dan kelihatan mesra dengan sanak saudara Fattah.

Selepas majlis selesai, keluarga Fattah mengambil foto keluarga dan ketika itu kelihatan Fattah membuat isyarat tangan memanggil Amira untuk berdiri di sebelahnya. Selesai bergambar, Amira dan Fattah sama-sama memimpin ibu Azizah untuk turun dari tangga.

Jom tonton video di bawah :

@rissaskin_hq

Replying to @PinkPurple_4567 Kak Long cantik dan macam biasa masih sedondon #rissaskin #intensivenightcreamrissaskin #rissaskinxfattahamin #rissaskinxamiraothman #fattmira

♬ original sound – Rissaskin – Rissaskin

@imani_imtiyaz

Cute je tau dia lambai2 panggil kak long naik atas. dah kakak ckp..hr nie Manis2 smpi kakak x smpt nk bnafas.🤣🤣🤣🤣 #rayaopenhousefattahamin #amiraothman #fattahamin

♬ suara asli – ummul_fakrie – ummul_fakrie

@imani_imtiyaz

korang dh blh tido skrg dengan Lena. kakak pun nk tido dh nie .Baru perasan dh kol 3 pagi rupa2nya. Maaf kalau ada tkurang , maaf kalau caption akk ada tguris hati. sorry again 🙏🙏 kakak tido dulu yer. ada 2 jam je masa nk tido. Hari yg sgt2 memenatkn hari nie Terima kasih byk2 yg sudi follow Dan yg sudi Komen. sorry kakak x sempat nk reply satu persatu m Dan sorry dm yg sgt2 byk.nnt dah free2 akk reply semua dm2 tu yer. dah seminggu kakak tido sehari 2 jam jer huhhuhu.#rayaopenhousefattahamin #amiraothman #fattahamin

♬ Harta Berharga – Widuri Puteri & Adhisty Zara & Muzakki Ramdhan

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Bahagia tgk abg long dan kak long memimpin tangan ibu azizah. Kita dpt rasa kan yg ibu azizah amat selesa dgn kak long. X sabar tgk abg long dan kak long di satu kan. Mata mak fattah tak leh mnipu. nampak gembira sangat.. “

” Aduhh sweet sgt.. Serius tak sedar air mata meleleh. Taktau kenapa majlis malam tadi lebih pada sebak happy. Ya Allah satukanlah mereka berdua. Fattah jaga amira baik2 ya permata yang sangat mahal tu.. “

” Tengok saudara-saudara Fatah di belakang tersenyum tgk Fattmira.. sokong fatah dan amira. sesuai sgt2 . dgn bakal mertua pun baik. sekufu.. “

” Wahh AO dah bergambar dgn keluarga FA la… Approved dah ni kan. Sudah la jelas lagi nak bersuluh. alhamdulilah mak fatah, nmpk sgt bkenan dkt AO.. “

” Kalau sekadar rakan kerja, xkann la ibu bawak round kenalkan kat sedara maraa ekk. siapa prasan, daripada gerakan mulut mcm panggil nama ‘ibu’ haha.. “

” Ikut adat kalau dah sampai kenal mengenal saudara mara oleh pihak lelaki sah dah bertunang, semoga diakhiri dgn ikatan yg sah kekal ke akhir hayat aminnn.. “

” Alhamdulillah… Ibu Azizah dh ambik Amira bawa Salam sedara mara Fattah. Sahh dah tu.. mak fattah bwk mira jumpa kenal sedara mara.. yeahh xsabarr.. “

Manis sungguh ‘vitamin’ FattMira sepanjang majlis ini berlangsung. Banyak moment yang menunjukkan Amira bukanlah sekadar teman sekerja Fattah dan sangat istimewa di hati keluarga Fattah. Apa jua hubungan antara Fattah dan Amira, semoga yang baik-baik sahaja untuk kalian berdua.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Imani Imtiyaz, Tiktok Rissa Skin, TT Mamalieyza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak