Artis / Selebriti
” Suara macam petir pun boleh buat Zara lena naaa.. ” – Datin Alyah
Video Dato’ Ramli MS Mendodoikan Anaknya, Nur Izzara Tidur Buat Warganet Terhibur. Macam-Macam Bunyi Dan Lagu Yang Keluar Nak Bagi Zara Tidur. Habis Semua Pitching Lari Tu Tok Ram, Hehe !!
Kehidupan Dato’ Ramli MS dan isterinya, Datin Alyah semakin bahagia sejak adanya anak mereka, Nur Izzara. Banyak moment indah yang diciptakan mereka bersama Zara. Tok Ram dan Datin Alyah menjaga Zara dengan penuh kasih sayang. Kehadiran Zara memperlihatkan sisi lain Tok Ram yang dikenali sebagai seorang yang garang.
Meninjau entry terbaru Datin Alyah di akaun Tiktok, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Tok Ram sedang mencuba untuk mendodoikan Zara tidur. Elok sahaja kelakuan Zara apabila bersama daddynya itu. Zara sememangnya cukup manja dengan Tok Ram.
Menerusi video ini, kelihatan Zara masih ‘bulat matanya’ walaupun Tok Ram mendodoikannya dengan berbagai-bagai bunyian dan lagu. Tok Ram sendiri sampai tergelak dan tertanya-tanya mengapa Zara tidak mahu tidur. Wajah comel Zara itu membuatkan warganet geram melihatnya.
Akhirnya Zara tidur juga ditemani suara Tok Ram. Kapsyen Datin Alyah yang mengusik Tok Ram dengan mengatakan suara Tok Ram sudah seperti petir menggeletek hati warganet. Warganet juga turut menyakat Tok Ram mengatakan pitching Tok Ram banyak yang lari.
Jom tonton video di bawah :
@alyah81official Suara mcm petir pon bole buat zara lena naaaa🤪🤪🤪 #fypシ゚viral #fyp #fypシ #alyahtokram
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rupa nya tok ram seorang yg penyayang. Selma ini tengok garang mcm singa.. Hahaha.. Sampai zara pun lena diulik mimpi.. “
” Adanya Zara terserlah sisi penyayang tok ram.. adeh… ni anak daddy sungguh ni… diam je x menguit sikit pun.. “
” Kalau dengan anak bukan main sabar lagi kan daddy.. Kajian mengatakan anak lbh sng tido bl dgr suara ayah.. “
” Masalahnya baba guna instruments mcm2 bunyi pun baby tak boleh sleep haha.. suara macam guruh terbahak kita ketawa tau datin.. “
” Yang Si Haluih tuu pon dok lawan mata. Saja dok sakat Pak dia bagi dodoi lama sikit tuu.. makin besar makin comel zara ni.. mata bulat.. “
” Pitching suara tak onz la baba haha baba nii kann.. sy pun judges to be tau.. dia duk pikir lagu apa la bapak aku nyanyi ni haha.. “
” Pitching banyak lari tu tok ram haha.. nasib baik tak macam suara kilat hehe.. lawak la caption datin ni.. “
Sisi penyayang Tok Ram yang terlindung di sebalik wajahnya yang serius. Ayat kapsyen Datin Alyah yang mengata suara Tok Ram juga mencuit hati. Semoga Nur Izzara membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan keluarga apabila dewasa kelak.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Alyah81official, IG Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza