Artis / Selebriti
” Style habis lah cara Tya dan Asyraf umum, lain dari yang lain.. ” – Komen Netizen
Tya Arifin Kongsi Video Umum Bakal Timang Anak Ketiga Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Besar Dah Rupanya Perut Tya. Lain Daripada Yang Lain Cara Tya Umum Hamil. Tak Pernah Lagi Tengok Orang Buat Macam Ni !!
Umum mengenali selebriti yang berasal dari Indonesia, Tya Arifin yang juga merupakan isteri kepada anak tiri Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyaraf Khalid. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Tya, telah dikongsikan video baru yang memaparkan Tya dan Asyraf membuat pengumuman yang mereka bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi. Menerusi video itu, Tya dan Asyraf kelihatan sedang duduk santai sambil masing-masing memegang senaskah surat khabar.
Kalau dilihat betul-betul, tajuk pada paparan pertama surat khabar Tya bertulis ‘ Welcome little one ! ‘. Manakala paparan surat khabar Asyraf pula memberikan jawapan ‘ Baby is on the way ‘ . Perkongsian video oleh Tya itu telah dibanjiri ucapan tahniah daripada warganet.

Ada yang mengatakan suka melihat cara pengumuman yang dibuat oleh pasangan ini. Malah ada peminat yang memberitahu sudah mengetahui yang Tya sedang hamil kerana ada beberapa posting Tya kongsikan di akaun Instagram sudah kelihatan baby bump.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Tya dan ramai yang turut memberikan kata ucapan tahniah buat Tya serta Asyraf. Antara komen-komen menarik adalah :
” Style habis lah cara Tya dan Asyraf umum, lain dari yang lain.. Tahniah Tya, diam2 tahu2 hamil ya.. Wahh take care tau.. Semoga semuanya dipermudahkan.. “
” Alahai comel betul lah, baru tahu Tya mengandung.. Dah nampak besar perut.. Tahniah2.. Tumpang happy tengok Tya dan Asyraf.. “
” Alhamdulillah.. Tahniah guys.. Tak lama lagi Ara dah nak jadi kakak.. Mesti dia tak sabar kan nk tengok adik.. Take care Tya.. “
” Alhamdullilah.. Congrats for the 3rd baby.. Tak sabar nak tengok baby, mesti comel sangat.. Hehe.. Arif dan Ara dah nak jadi abang dan kakak.. “
” Yeayyyyyyyy, so happy lah bila tahu Tya pregnant.. Patut perasan sekarang mcam Tya byk pakai baju besar.. Nak sembunyi perut, hehe.. “
” Masya Allah, Kak Tya hamil anak ke tiga.. Hihi so cute. Tahniah… Maka Ara sememangnya betul2 menjadi anak no 2.. Sekali lagi tahniah Kak Tya.. “
” Alhamdulillah Ariff dn Ara nk dpt adik.. Tahniah Tya dan suami.. Semoga kehadiran anak ketiga ini, akan bertambah bahagia Tya sekeluarga.. “
Wahh memang style sangat Tya dan Asyraf umum tu, lain daripada yang lain. Apa-apa pun, di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak juga ingin mengucapkan tahniah kepada Tya serta Asyraf. Semoga segala urusan Tya bersalin nanti akan dipermudahkan dan segalanya berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tyaarifinnw
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

