Connect with us

Artis / Selebriti

” Steady boss, kalau macam ni memang gigih turunkan berat badan.. ” – Komen Netizen

Hairul Azreen menghadiahkan wang tunai kepada staf yang berjaya menurunkan berat badan raihkan pujian ramai. Wah lumayan sangat tawaran Hairul ni. Bukan sikit-sikit duit dia bagi..

Perkongsian Hairul Azreen di Instagram telah mencuri perhatian ramai apabila memperkenalkan satu inisiatif unik demi menjaga kebajikan dan kesihatan para pekerjanya. Hairul mendedahkan bahawa beliau menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada mana-mana staf yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5 kilogram.

Inisiatif tersebut bukan sekadar soal wang semata-mata, sebaliknya bertujuan untuk memberi motivasi kepada staf agar mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Menerusi video yang dikongsikan setiap orang akan menimbang berat badan dan melihat berapa kilogram berjaya dikurangkan.

Ada yang berjaya menurukan berat badan lebih 10 kilogram dan mendapat 2 ribu atau 3 ribu ringgit daripada Hairul. Namun ada juga yang tidak berjaya mengurangkan berat badan sehingga 5 kilogram, malah ada juga yang beratnya bertambah daripada sebelumnya.

Cabaran tersebut disambut baik oleh stafnya yang melihat ia sebagai dorongan untuk mula bersenam, mengawal pemakanan dan menjaga kesihatan secara konsisten. Ada juga yang menganggap inisiatif ini sebagai tanda keprihatinan majikan terhadap pekerja, sekali gus mengeratkan hubungan dalam pasukan.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Steadyy bossss memang baik and suka share rezeki! mnashran88_ patutla kaw2 diet ye hahaha..  Ade keje kosong ke rul?Sy sebelum ni 72kg now 71 1/2.. ” 

” Wahhhhh bestnyaaaa challenge mcm ni Nak purposs kat bos saya jugak lah ni  a.k.a husband  tapi kang mesti dia asik ajak makan je.. “

” Tolong la  supaya saya kurus.. Barulah semangat macam ni.. Kalau mcmni confirm aku turun 10kg dgn mudah.. kalau saya kerja situ..boleh dapat 1k lah kot.. “

” Saya nak jugak tahun lepas saya 96kg tahun ni 76kg , takda yang manis manis ke . Tak aci ahhhh ceni Sis dah dapat 1k tu boleh laa bayar hutang.. “

” Lahhh kalau aku cmni ponn akuu gigihhh nak turun kan berat .. myb boleh bagi cadangan dekat bos.. “

” Thank you boss for the motivation and kaching. Rul, aku dah ready nak turunkan dari 84kg. mcm mana nak sign deal hahaahahaha.. “

” Mcm ni mmg boleh kurus. Hilang lemak dpt duitttt huuuu Dpt reward… P makan jom. Naik balik  jnji dh dpt reward . Yeayyy.. “

Tindakan Hairul Azreen ini menerima pujian daripada netizen yang menyifatkannya sebagai contoh majikan yang bukan sahaja mementingkan prestasi kerja, malah mengambil berat tentang kesihatan dan kebajikan staf. Usaha seperti ini sangat berbaloi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak