Connect with us

Artis / Selebriti

” Sopan betul cara Kak Erra bagi duit raya.. ” – Komen Netizen

Video telatah Erra Fazira menyantuni kanak-kanak yang datang beraya raih pujian ramai. Alahai sopannya Erra. Seronok budak-budak tu dapat duit raya daripada Primodona Malaysia..

Meninjau di akaun TikTok milik erraezwann, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan telatah pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira ketika melayani beberapa orang kanak-kanak sambil memberikan duit raya. Perkongsian tersebut segera menarik perhatian ramai warganet yang terhibur melihat kemesraan Erra.

Menerusi video berkenaan, Erra dilihat begitu ceria dan mesra melayan setiap kanak-kanak yang datang. Dengan senyuman yang manis, Erra menyantuni mereka seorang demi seorang, menjadikan suasana bertambah meriah dan penuh kegembiraan.

Sikapnya yang lembut jelas membuatkan kanak-kanak berasa selesa di sisinya. Apa yang lebih mencuit hati adalah gelagat spontan Erra ketika berinteraksi dengan mereka. Erra dilihat bergurau dan melayan kerenah kanak-kanak dengan penuh kesabaran dan turut enyerlahkan sisi keibuan yang begitu terserlah dalam dirinya.

Pemberian duit raya itu pula menambahkan lagi keceriaan suasana, lebih-lebih lagi melihat reaksi kanak-kanak yang begitu gembira menerimanya. Momen seperti ini sememangnya menjadi antara kenangan paling indah ketika sambutan Hari Raya dan pasti akan diingati oleh mereka.

Tonton video di bawah ini :

@erraezwann

♬ Mama Papa Raya – Dato Sri Aliff Syukri & Datin Sri Nur Shahida & Qadeejah & Ammar Ahyan

@erraezwann

♬ bunyi asal – Abg Jiwang_Official – Abg Jiwang_Official

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Selamat hari raya mr E & Erra… Semoga kekal ceria bahagia till jannah, insyallah aminnn.. Cantik betul isteri Mr E.. “

” Untung la si kecik dpt salam auntie erra… Masyaallah, lepas kawin nampak lg muda.. Suka betul tengok.. “

” Tu la kan nampak bahagia dia di muka dia.ceria kan cantik si kakak kita nih.. Muka tu tak makan tua betul.. “

” In Sha Allah sebab kan kalau ikut umur KAK Erra dah ada cucu Besar macam tu, tapi sebab Kak Erra NAMPAK MUDA adik2 tu dah macam anak2 KAK Erra je.. “

” Cantiknyaaa Erra, tak makan tua betul lah.. Ishhh aku tengok Erra ni walaupun dah umur 50, nampak muda daripada aku yang 20 an ni.. “

” Ya Allah, comelnya tengok telatahnya layan budak-budak.. Manis pula tu gaya Erra senyumm.. Terpesona tengok.. “

” Sopan betul cara Kak Erra bagi duit raya.. Anggunnya, selamat hari raya Erra dan Mr E.. Moga terus kekal bahagia selamanya.. “

Dalam masa yang sama, penampilan Erra turut mendapat pujian daripada warganet yang kagum dengan kecantikan semula jadi yang dimiliknya. Sikap penyayang yang ditunjukkan oleh Erra Fazira juga memberi inspirasi kepada ramai untuk terus berbuat baik dan menceriakan orang di sekeliling.

Silakan SHARE..

Sumber :TikTok erraezwann

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Perfect Cushion

Trending

Copyright © Berita Kopak