Artis / Selebriti
” Sky kata dia tak nak tinggalkan solat sebab selepas solat Sky sentiasa berdoa untuk arwah ibunya.. ” – Ridzokumura

Video anak Ridzokumura, Sky Taizo sedang menunaikan solat raih perhatian ramai. Sebak baca kapsyen yang Ridz tulis mengenai Sky..
Meninjau ke akaun Tiktok Ridz Okumura, perkongsian sebuah video yang memaparkan anaknya, Sky Taizo sedang menunaikan solat telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan seperti berada di dalam sebuah kedai. Turut kelihatan bersama, Mawar Karim yang berada di kedai tersebut.
Menurut Ridz, anaknya itu menyatakan tidak mahu meninggalkan solat lima waktu kerana setiap kali selepas solat Sky akan mendoakan arwah ibunya, Akiko Okumura. Sangat bagus sikap Sky yang menunjukkan ciri-ciri anak yang soleh dan sentiasa berdoa kepada ibu yang telah pergi buat selama-lamanya.
Video ini sudah cukup membuktikan apa yang dikatakan oleh Sky kerana Sky tetap menunaikan solat tidak kira di mana dia sedang berada pada ketika itu. Pastinya Ridz sebagai seorang bapa berasa bangga dengan sikap Sky yang menjaga agamanya.
Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dinuatnaik buat masa ini. Untuk sekadar info, Sky merupakan anak kacukan Jepun kerana arwah ibunya merupakan seorang wanita berasal dari Jepun.
Jom tonton video di bawah :
@ridz_okumura Alhamdulillah banyak lgi sky dan saya kena belajar🥰❤️🙏🏻 sky kata dia tak nk tinggal kan solat sbb selepas solat sky sentiasa berdoa untuk arwah ibu nya🥰🇯🇵🇲🇾
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan yang baik-baik buat Sky. Antara komen-komen yang diberikan ole netizen :
” Alhamdulillah Sky anak yang soleh taat pada arwah ibunya moga Sky sentiasa dapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT .. “
” Alhamdulillah..semoga jadi anak yg kuat, yg soleh mendoakan kedua ibu bapanya.. terharu tengok. Bagus didikannya.. “
” Ridz nie bagus bole terima teguran org.baik budi bahasa tk cpt melenting sebak bila tgk dua beranak nie.semoga bahagia kamu ank baranak.. “
” Bagus sky. belajar slow2. kita manusia tak sempurna. janji ada semangat untuk lebih baik.. suka tgk, abg jenis tak melatah jika komen bukan2.. “
” Alhamdulillah untung arwah akiko bahagia disana, ada anak soleh sentiasa buat baik n doa untuk dia. Pahala mengalir melalui anak soleh. Insyaallah amin.. “
” Alhamduliah…..sejuk tengok Sky semuga Sky sentiasa diberkati dan dalam lindungan Ilahi .. Alhamdulilah. Sky anak yg baik sentiasa doakan ibunya.. “
” Tiga pahala yang berterusan diperolehi oleh seseorang walaupun setelah meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.. “
Sejuk mata memandang melihatkan sikap Sky kini semakin matang sejak ketiadaan ibunya. Semoga Sky terus tabah menjalani kehidupan tanpa kasih sayang ibu dan menjadi seorang anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rodzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral6 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral5 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral1 day ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Viral5 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Viral4 days ago
” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara