Artis / Selebriti
” Singkat dan padat jawapan Amayan. Habis semua dia cakap tanpa selindung, haha.. ” – Komen Netizen
Video respon Ammar Ahyan ketika ditanya soalan mengenai penglibatannya sebagai duta Kunafa Aiwahh buat warganet terhibur. Adui Amayan, jawapan tu memang buat orang berdekah gelak. Transparent betul, haha..
Keluarga Dato’ Aliff Syukri telah pun dipilih sebagai duta Kunafa Aiwahh. Dato’ Aliff, Datin Shahida, Ammar Ahyan, Qadejah dan Baim dipilih sebagai muka depan mempromosikan keluaran terbaru Kunafa Aiwahh iaitu Kunafa Mangga Delima.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kunafa Aiwahhh, telah dikongsikan satu temubual staff Kunafa Aiwahh bersama Ammar. Soalan yang ditanyakan oleh staff Kunafa Aiwahh adalah mengenai penglibatan Ammar sebagai duta produk Ojen ini.
Soalannya berbunyi ‘ kenapa Ammar terima offer menjadi duta Kunafa Aiwahh. Seperti selalu, jawapan Ammar terlalu jujur sehinggakan warganet terhibur mendengar jawapannya itu. Dengan muka yang serius, dalam diam Ammar seorang yang kelakar.

Warganet terhibur mendengar jawapan yang tulus daripada Ammar ini. Pastinya Dato’ Aliff dan Datin Shahida juga tergelak dengan jawapan ikhlas oleh anak sulung mereka ini. Jujur dan Ammar berpisah tiada, ayat simple begitu pun sudah mampu membuatkan warganet ketawa.
Jom tonton video di bawah :
@kunafa.aiwahhh Jujur betul Ammayan 🤣🤣 #havocfoodfestival #kunafaaiwahhh #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ini kalau jd YB confrim jujur amanah fatonah . habis smua dia cakap tanpa selindung.. Ammar Ahyan kenapa awak jujur sangat haha.. “
” Ammar ni memang terlalu jujur lah.. tolong bagi dia jadi menteri please haha.. jawapan dengan jujur menjadikan hidup kita jadi senang.. tak menjadi apa2 isu yg perlu dibincangkan lagi.. “
” Penat lah aku dengan ko ni Amayan.. Tiba tiba saya masuk lah, haha berdekah aku ketawa.. sangat bersahaja AMmar ni.. “
” Saya tiba tiba masuk, betul sangat la amayan ni jujur.. kau terima lah ammar, kau terima arahan dari abah heheh.. macam jawapan AI dah.. “
” Betul betul papa dia, The Manager haha.. tiba tiba masuk eh haha.. Abang Yannnn memang win.. muka dengan jawapan betul main peranan.. “
” Random sangat ko ni amayan.. jujur yang menyakitkan hati haha.. kau terpaksa ku dipaksa ni haha.. Muka dengan statement dia tak boleh blah haha.. “
” Tapi ada betul jugak, papa dia kan manager. Amayan buat keje.. sangat jujur dari hati yang paling dalam.. saya tak terima, ayah saya yang dah sign haha.. “
” Singkat dan padat jawapan Amayan haha.. saya tiba tiba masuk.. ni tak perlu saksi, jujur tahap dewa haha.. “
Tahap kejujuran Ammar ini memang harus dipuji, tanpa berselindung dan berpura-pura, jawapan Ammar terang dan jelas. Betul lah, papa yang menguruskan segalanya untuk Ammar. Ammar seorang anak yang baik dan soleh serta selalu menurutkan apa sahaja arahan daripada abah tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kunafa Aiwahhh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Lina salah makan ubat gegat ke tadi ni. Risau tercabut kepala tu kang Kak Lina, haha.. ” – Komen Netizen

