Artis / Selebriti
” Siapa tahu makna pohon dekat belakang tu confirm menitik air mata.. ” – Netizen
Perkongsian Video Persembahan Amir Jahari Di AJL38 Yang Memaparkan Sesuatu Di Skrin Buat Hati Dijentik Rasa Kesayuan. Simbolik Sungguh Paparan Yang Amir Pamerkan Tu. Ramai Yang Tak Perasan Tapi Bila Faham, Auto Insaf !!
Kejayaan Amir Jahari dengan lagu Hasrat di pentas Anugerah Juara Lagu 38 disenangi oleh semua. Lirik lagu Amir sememangnya sangat mendalam maksudnya dan segalanya berkisar tentang luahan hati Amir mengenai kehidupan dan ingatan kepada Yang Esa.
Meninjau akaun Tiktok Simatasepett, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan sesuatu yang unik yang diilhamkan oleh Amir untuk dipentaskan bersama nyanyiannya itu. Kelihatan sebatang pohon yang banyak cabangnya dan pada setiap cabang ada tertera nama-nama.
Bagi orang Islam, ada kisah mengenai pohon yang disebut sebagai Sidratul Muntaha. Menurut kisah, pohon ini diciptakan oleh Allah SWT dengan jumlah daun yang sebanyak makhluk ciptaan-Nya. Setiap makhluk namanya akan tercatat pada pohon ini.

Saat gugurnya daun, itu petanda yang ajal makhluk yang tertulis padanya akan sampai. Kreatif sungguh idea Amir berkarya untuk penonton sama-sama memperingati kemat1an. Hidup kita ini hanyalah sementara dan pinjaman sahaja daripada Allah SWT.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@simatasepett Speechlees sangat dengan lagu nie semalam #amirjahari #hasrat #ajl38 #muzikaverse
Perkongsian ini sehingga kini telahpun meraih lebih 200 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Yaaa i pergi tengok ajl dkt axiata. then masa amir nyanyi je i dh nangis sbb i tgk pohon tu i mcm okay. remind me life is short. berbuat baik dan jaga amal ibadat.. ”
” Setiap nama yang gugur dari pokok tu adalah nama2 yang dipanggil “pulang”. Gambaran Sidratul Muntaha.. siapa tahu makna pohon dekat belakang tu confirm menitik air mata.. ”
” Pokok sidratul muntaha… bile abisnya rzeki atau sampai nye ajal kite.. daun yg tertulis nama kita akn gugur.. ”
” Nama kita bila-bila masa je boleh gugur daripada Pohon Sidratul Muntaha.. pohon sidratul muntaha apabila ia gugur bererti tibalah masa org itu untuk kembali pada Allah.. ”
” Daun tu daun sidratul muntaha tu lah ada nama kita sebagai hamba Allah di dunia yg sementara ini.. apa kah daun nma ku masih kukuh.. ”
” Ye.. fhm.. setiap nyawa ad situ.. gugurnya daun tu bmakna 40 hr nk men1nggal .. kita ad daun masing2 di pokok tu.. ”
” Memang layak dia menang. lirik dia cerita kisah kemat1an kita. moga pgakhiran kita semua husnul khotimah.. ”
” Sekilas tgok nmpk bunga/daun gugur tu mcm cerita daun dr pohon sidratul muntaha.. apbl tba wktu daun yg ada nm kita akn gugur n bg ptanda kemat1an.. ”
Simbolik yang cukup menginsafkan hati semua orang, semua yang hidup akan menantikan saat bakal dijemput pulang oleh-Nya. Semoga semua mendapat pengakhiran yang baik dan pergi dalam keadaan husnul khotimah dan diredhai oleh Allah. Terima kasih Amir menjentik hati semua dengan persembahan yang hebat seperti ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok simatasepett, IG TV3Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen



