Artis / Selebriti
” Siapa la yang dengki dekat Amad ni, Allahuakbar.. ” – Komen Netizen
Video Amad Dayyan sekali lagi diserang gangguan misteri ketika sedang menyanyi di atas pentas undang simpati ramai. Alahai kesiannya Amad, sampai tak boleh berjalan menahan kesakitan..
Amad Dayyan merupakan anak kedua kepada Siti Sairah Tarudin. Nama Amad meningkat naik setelah Amad menyertai program realiti TV, Talk To My Manager (TTMM). Namun nasib tidak menyebelahi Amad apabila Amad diserang penyakit atau gangguan misteri ketika menyanyi di pentas akhir TTMM itu.
Sebagai inisiatif, Siti Sairah mengusahakan perubatan Islam kepada Amad dalam menangani gangguan tersebut. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ayenjfr, Norulesizati dan achikkechekk, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Amad membuat persembahan di sebuah event.
Pada awalnya Amad sihat sahaja dan penuh bersemangat menghiburkan hadirin yang hadir. Antara lagu yang Amad nyanyikan adalah lagu Relakan Jiwa dan Wajah Kekasih. Suara Amad kedengaran sudah pecah dan matang, namun tetap ada lunak dan merdunya.

Keadaan mula berada di luar kawalan ketika Amad mendendangkan lagu Wajah Kekasih. Amad kelihatan memegang bahunya sambil menahan kesakitan. Umai yang berada di belakang pentas pantas menghampiri Amad dan memaut badan Amad supaya Amad boleh bertahan.
Jom tonton video di bawah :
@ayenjfr setiap kali dia nyanyi lagu ni.. stiap kali tu la sy tukar fav sy.. lagu pertama dia sihat..dia ok..😵💫 semoga diberi kesembuhan @⚗️AMAD⚗️ dan dijauhkan dari perkara2 tidak baik 🙏🙏🙏 ni kali kedua tau 😭😭😭 ibu ok ye.. @sitinursairahtarudin_new @amazing_hasby @Kau Kekasihku
@norulesizati Suara baru @⚗️AMAD⚗️ Moga dilindungi Allah selalu..yg baik2 saja untuk Amad.. stay strong Amad.. #amad #sitinursairahtarudin_new #tatamadforever💞 #tatamad
@achikkechekk getwellsoon amad 🙁 love betul dgn suara umai 🥹 #amad #umai #festival
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Amad kene lagi sekali ke benda tuu.. Org kalau tk openah kene sihir , mmg tk kan paham. Bukan bende tu mudah2 nak hilang..aku alami 4 tahun sakit. Bende tu kejap dtg kejap hilang.. “
” Dia elok je nyanyi sebelum tu. Jadi ni time dia nyanyi lagu ke 3.. sape la yang dengki kat amad ni allahuakbar.. dia masih budak lagi weyh.. “
” Di sini nampak mengajar kita erti kekuatan kekeluargaan dan adik beradik jika adik susah akk sentiasa ada di blkng membantu.. “
” If orang yang tak kenal amad and tetibe dapat tengok vid amad kena camni maybe korang rasa cam dia ni kuat drama , taknak perform , buat ii sakit , anak manja but if orang yang betul ii kenal amad ni dorang tau apa yang amad hadap , kenapa amad jadi macamtu , dia bukan buat buat sakit tapi dia memang SAKIT , so stop being cyberbully please.. “
” Bagus la umai.. sentiasa jd penyelamat.. hri tu dia tlg dekta yg xleh teruskan nyanyi lagu ibu dia msa busker.. ni dia tlg amad pulak.. btw, get well soon amad.. “
” Bukan dia nak asyik sakit je gitu.. rasanya family dia pun ada htar berubat. moga dipermudahkan urusan.. aamiin.. “
” Adiknya support kakaknya utk Teruskan menyanyi. hebat mereka sekeluarga… Harap amad berubat n sembuh sihat sejahtera. Semoga keluarga ini dilindungi dari segala hal yang tidak diingini.. “
Warganet bersimpati dengan keadaan Amad itu dan ramai yang mendoakan agar Amad kembali sembuh seperti dulu. Sama-sama kita mendoakan agar penyakit misteri atau gangguan misteri terhadap Amad ini akan hilang sepenuhnya dan Amad dapat meneruskan segala perancangan untuk kerjaya seninya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

