Artis / Selebriti
” Shila memang power, dengar sambil tutup mata awesome weh. Meremang.. ” – Komen Netizen

Video Persembahan Shila Amzah Di Pentas Singing With Legends Di China Raih Pujian Ramai. Fuh Gempak Sungguh Suara Suara Shila Menyanyi Lagu Celine Dion. Sampai Juri Pun Terpukau, Meremang Weh !!
Shila Amzah nama yang cukup gah dalam industri seni suara tanah air. Shila bukan sahaja popular di Malaysia, namun nama pelantun lagu Patah Seribu ini juga menjadi sebutan rakyat negara China. Shila antara penyanyi yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Shila Amzah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian pertama Shila di pertandingan Singing With Legends yang berlangsung di China. Shila menyampaikan lagu dendangan asal Celine Dion berjudul To Love You More.
Nyanyian Shila sangat mengagumkan, tidak hanya juri tetapi juga semua penonton yang berada di situ. Tone suara Shila masih berbisa seperti dahulu dan Shila tetap mampu menarik suara tinggi dengan baik. Walaupun Shila agak gementar tetapi persembahannya ini terbaik dan mendapat tepukan gemuruh.
Dari awal sehingga ke akhir lagu, kawalan suara Shila sangat baik. Tidak puas warganet mendengar nyanyian Shila ini dan ada yang berulang kali mengulangi video tersebut. Dengan kekuatan vokal yang Shila ada, tidak mustahil Shila boleh memberikan saingan kepada semua peserta untuk bergelar juara.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suara shila ni mmg susah nak dgr sumbang ye. Cleannn & stable jaaa suara & vocal dia lurveee.. She is the true fighter… tahniah shila dapat bawa lagu yg berat mcm ni. One of my favorite song from CD.. “
” Wow Wow wow Amazing s So proud of you.. Congratulations Sayang shahilaamzah.. so good, letopan lah.. “
” Lagu Celione Dion, Permata akan lebih berharga ditempat yg tepat.. go dik Shila Amzah.. Hebatnya.. lagu skala besar d buat spt lagu sndiri.. lupa yg celine dion prnah nyanyikan lagu ni.. “
” Omg goosebumps throughout the whole song.. kak shila sedapnya suara kak shila.. Amazing singer Shila Amzah.. “
” Fire boom meletop meledak no syatuu.. fuh meremang.. nampaknya kita layan show ni mcm I’m A Singer hari tu gayanya.. Goo shila.. “
” Tak tahu berapa kali ulang dah video ni.. tq sha yg comey lote upload video ni.. baru nk cari dlm utube.. honestly, best sangat suara Shila.. “
” Shila memang power.. semua you tapau shila.. dgr tutup Mata.. mmg njoy sgt2.. ohsem weyy.. amazingly.. “
” Shila tetaplah Shila..dari kecil sampai anak dah 2 suara tetap power sampai mendunia ke China mengharumkan nama Malaysia. One in million anak Melayu yg memukau China dgn suara berliannya. Tak syak lg kejuaraan I am A Singer akan dijulang oleh Shila.. “
Kehebatan vokal Shila tidak dapat dinafikan lagi. Lagu bernada tinggi ini dengan mudah sahaja dinyanyikan oleh Shila walaupun Shila baru beberapa bulan melahirkan anak. Semoga kejayaan bakal menjadi milik Shila dan mengharumkan lagi nama Malaysia. All the best Shila Amzah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah