Artis / Selebriti
” Seronok kahwin campur ni, pelbagai budaya dapat belajar.. ” – Komen Netizen
Angeline Tan Kongsi Video Ketika Upacara Minum Teh Di Majlis Perkahwinan Adik Perempuan Bongsunya Raih Perhatian Ramai. Pengalaman Baru Untuk Sabri Dihidang Teh Oleh Pengantin. Tapi Sabri Faham Tak Cakap Aunty Tu Cakap Cina, Hehe !!
Umum mengetahui pada tahun lalu, pelakon dan juga pengarah, Sabri Yunus telah mendirikan rumahtangga bersama sahabat baiknya yang juga pelakon iaitu Angeline Tan. Pasangan ini dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau mesra dikenali dengan nama Dr Miza.
Jika anda megikuti akaun Instagram milik Angeline, pasti anda mengetahui yang Angeline suka berkongsi tentang kehidupannya selepas berkahwin. Terbaru, Angeline memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya dan Sabri menghadiri upacara minun teh di majlis perkahwinan adik bongsunya.
Menerusi video tersebut, kelihatan Angeline dan Sabri mengenakan pakaian sedondon berwarna merah dan mereka duduk di kerusi untuk minum air teh yang diberikan oleh pasangan pengantin baru. Kedengaran seorang wanita yang merupakan ahli keluarga Angeline memberikan ucapan kepada Angeline dan Sabri.

Selepas itu, Angeline dan Sabri memberikan hadiah angpau kepada pasangan pengantin. Difahamkan upacara tersebut diadakan di rumah ibu Angeline di Kuala Lumpur. Sehingga kini, perkongsian Angeline ini telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video oleh Angeline. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel je tengok telatah masing-masing. Seronok kahwin campur ni, pelbagai budaya dapat belajar.. Pengalaman pertama untuk Pok Ya.. “
” Wahhh besttnya dapat berkumpul bersama2 family kan sis.. Kita yang tengok pun rasa teruja tau.. Selamat pengantin baru buat adik Angeline.. “
” SyokNye tengok Budaya Perkahwinan Orang² Cina.. Congratulations.. Selamat Pengantin Baru.. Persaudara yang tak akan putus… Semoga perkahwinan kekal bahagia hingga akhir usia.. “
” Alhamdulillah.. Walaupun berlainan agama & bangsa family terima dgn hati terbuka… Sukanya tengok Kak Angeline dan Abang Sabri, masih ada lagi nampak aura seri pengantin, hehe.. “
” Teringat moyang saya dulu lelaki Cina kawin dgn perempuan melayu, cucu cicit mereka trmasuk saya muka pun ada iras² Cina.. “
” Seronok tengok telatah mereka ni.. Sangat indah serta sungguh harmoni.. Pengalaman baru buat suami sis Angeline, Sabri Yunus.. “
” Wahh seronoknya tgk budaya selain Melayu meraikn wedding.. Mix famili.. Sy doakan Semoga Kak Angeline & Abg Sabri hidup bahgia hingga ke jannah dan selamat pengantin baru utk pasangan pengantin baru.. “
Wah sangat menarik perkongsian Angeline pada kali ini untuk para pengikutnya di akaun Instagram, comel mendengar coleteh auntie itu. Bak komen warganet, ianya juga adalah satu pengalaman baru buat Sabri selepas berkahwin dengan Angeline. Apa-apa pun selamat pengantin baru buat adik Angeline.

Silakan SHARE..
Sumber : IG angelinetanyy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

