Artis / Selebriti
” Serius lah, sedap betul suara abang Nobita kita nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Syasya Rizal menyanyi bersama suaminya, Nasrullah lagu trend Jamilah raih perhatian ramai. Wah sedapnya suara Nash, lirik pun comel je. Daripada Jamilah ke Nobita dan Afiqah, hehe..
Lagu klasik berjudul Jamilah kini kembali menjadi sebutan ramai apabila ia tular di media sosial khususnya di TikTok. Irama yang catchy dan lirik yang mudah diingati menjadikan lagu ini cepat menarik perhatian pengguna. Ramai selebriti dan warganet turut menghasilkan pelbagai video kreatif menggunakan lagu tersebut.
Meninjau di akaun TikTok milik penyanyi, Syasya Rizal, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Syasya sedang menyanyi. Paling istimewa, kali ini Syasya berduet bersama suaminya, Nasrullah atau mesra dengan panggilan Nash. Menerusi video tersebut, pasangan ini menyanyikan lagu Jamilah, namun menukar liriknya kepada versi Nobita dan Afiqah.
Perkongsian video nyanyian Syasya dan Nash itu telah menarik perhatian ramai warganet. Ramai yang terhibur melihat gelagat pasangan ini, malah tidak menyangka yang Nash yang digelarkan sebagai Nobita itu juga turut pandai menyanyi dan suaranya juga merdu.

Video ini berjaya menceriakan warganet dan memuji nyanyian pasangan ini begitu menarik. Sehingga kini, video nyanyian Syasya serta Nash telah ditonton lebih 1 juta tontonan dan menerima ratusan ribu tanda suka serta ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@syasya.rzl Last la ek sebelum ‘Jamilah’ yang ni nak meletop 🫣 Seperti yang ramai request kita bawakan khas sekali Encik Nobita 👀🫶🏻
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet selepas menonton video nyanyian Syasya dan Nash. Antara komen-komen menarik adalah :
” Serius lah, sedap betul suara abang Nobita kita nyanyi, hehe.. korang ni mcm tgh panas bercinta tp versi halal sweettt gilerr..”
” Trend Jamilah aku tak layan.. Tapi yang ni ulang² dengar.. Full cover version sya² and husb please.. Aduhh aku tak puas dengar.. “
” I cant stop smiling while watching diorg nyanyi comel sgt.. Mummy bumil pun comel. Semoga istiqomah.. Betul la tuhan ckp hidayah tu milik tuhan kn.. “
” Kenapa eh aku tersengeh² tngk nie video eh…. Sampai abis plak tu…. Eeeehhhhpp biasa dier eh… Sedap lah suara suami isteri ni.. “
” Ingat introvert, rupanya boleh nyanyi.. Tetiba muncul, hehe.. MasyaAllah suka betul tengok Syasya selepas kahwin ni.. “
” tajuk lagu Nobita & Afiqah, terus sedap daripada lagu Jamilah.. Adudududu power lah korang.. Nanti pls buat lagu duet dengan husband, syasya.. “
” Version ni comel dooh.. Sweet nyaaaaa tengokkkk, helokkk dua dua.. Semoga bahagia hingga hujung nyawa, amin.. “
Sungguh merdu suara Syasya dan Nash. Comel sungguh gelagat pasangan suami isteri ini ketika menyanyi. Apa-apa pun, semoga Syasya dan Nash terus bahagia bersama, sentiasa dilimpahi rezeki, dan terus menceriakan peminat dengan bakat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok syasya.rzl
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen

