Artis / Selebriti
” Seriously Yusuf ke tu ? Lain betul Yusuf, dah takda baby face dah.. ” – Komen Netizen
Hairul Azreen kongsi video anak sulungnya, Yusuf Iskandar ketika bersahur raih perhatian warganet. Eh dah lain muka Yusuf sekarang. Dah besar Yusuf, hampir tak kenal..
Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Hairul Azreen sejak dahulu lagi, pasti mengetahui Hairul dan isterinya, Hanis Zalikha sering berkongsi perkembangan dua anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sejak kecil sehingga lah sekarang.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Hairul, telah dikongsikan video yang memaparkan anak sulung Hairul, Yusuf ketika bangun sahur. Menerusi video tersebut, kelihatan Yusuf duduk di kerusi dan masih lagi tidur. Gelagat Yusuf sedang tidur ketika bersahur itu telah menarik perhatian warganet.
Ramai yang terkejut dan tidak sangka kanak-kanak yang sedang tidur tersebut adalah Yusuf. Kata warganet, melihat wajah Yusuf sekarang tidak lagi seperti dulu dan wajahnya kelihatan sudah dewasa. Pantas sungguh masa berlalu, kini Yusuf bukan anak kecil lagi.

Sehingga kini, video yang dirakamkan oleh Hairul itu telah menerima ratusan komen, ribuan tanda suka dan ditonton lebih tujuh ratus ribu tontonan setakat artikel ini ditulis. Alahai, nampak mengantuk sungguh Yusuf, sampaikan di meja makan pun masih lagi tertidur.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@hairul_azreen88 Sahur
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Seriously Yusuf ke tu.. Lain betul Yusuf, dah takda baby face dah.. Kejap betul dia dah besar kan, macam tak percaya lah pula.. “
” Biar betul Yusuf dah 9 tahun.. Aku mcm baru tgk dia mkn brokoli dia tu je.. Waaaa aku dah tua rupanya.. Tapi nmpak lain betul Yusuf sekarang.. “
” Kenapaa niii , saya masih lagi di era Yusuf dance ting ting ketak ting ting, cepatnya Yusuf besar.. Hilang dah muka baby2 dia.. “
” Kalau si budak Yusuf ni dah besarrr, maksud nye aku dah makin tuaaaaa.. Masih teringat video dia nangis dlm keta sbb bapak dia “ haipppppp.. “
” Sekejapnya besar dah Yusuf baru mcm sebulan lalu tgk rancangan masa dia kecik dengan Bujibu.. Sekarang muak Yusuf handsome lah.. “
” Know know dah besar budak ni. Oh agak nya dia perlu semangat dari mimi peri. Mimi Peri.. Muncullah, ada orang tidur lagi masa bersahur.. “
” Aku tgok Yusuf time bby lagi .. Skrg dh besar.. Tapi aku Masih single lg.. Alhaiii … Tlg bgthu itu bkn dia please, macam tak percaya ni.. “
Pejam celik pejam celik, sekejap sungguh rasanya anak teruna Hairul dan Hanis ini sudah besar. Bak komen warganet, masih terbayang video Yusuf makan makanan yang disediakan oleh ibunya sewaktu kecil dahulu. Semoga Yusuf terus membesar menjadi anak yang baik serta soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok hairul_azreen88, IG hairulazreen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen


