Connect with us

Artis / Selebriti

” Seriously betul-betul deep lagu ni. Sedap suara Fattah, suara penuh perasaan.. ” – Komen Netizen

Video throwback Fattah Amin menyanyi lagu berjudul Semua Tentang Kita buat ramai tersentuh. Sedapnya suara Fattah menyanyi lagu ni, feel sangat. Part tinggi pun best dengar. Lirik lagu yang sangat deep, sedih dengar..

Selain popular sebagai seorang pelakon dan model, Fattah Amin juga antara model yang disukai ramai. Ketinggian yang dimiliki oleh Fattah dan ditambah pula ketampanan wajahnya membuatkan Fattah menjadi sebutan ramai. Selain itu, Fattah juga memiliki bakat dalam bidang nyanyian.

Banyak lagu nyanyian Fattah yang menjadi siulan ramai antara yang terpaling popular adalah Wanita Terakhir. Meninjau entry di akaun Thefa_team, telah dimuatnaik satu video throwback yang memaparkan Fattah menyanyikan sebuah lagu berjudul Semua Tentang Kita.

Nyanyian Fattah pada ketika itu secara akustik dan kemerduan suara Fattah yang sebenar dapat didengari dengan jelas. Memetik komenwarganet, suara Fattah yang jelas dan boleh menyanyi dengan nada tinggi ini seakan suara Akim Ahmad. Sesekali kedengaran seperti suara Dato’ Awie pun ada.

Lirik lagu tersebut mengundang sebak di hati pendengar. Mendalam betul liriknya tentang cinta yang tidak kesampaian. Untuk makluman, lagu ini dinyanyikan oleh Fattah ketika Fattah masih belum berkahwin dan masih berstatus bujang.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1o00 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Lagu lama ke baru ke…. Tp dia nyanyi selepas apa yang terjadi…. So mungkin pada fa meaningfull untuk ape yang terjadi sekarang.. Lagu lama dia sesuai dengan keadaan dia sekarang, memang meruntun jiwa lagu dia.. “

” Lagu ni lagu lama dia. Masa dia belum kawin lagi. Korang search la kat youtube Fattah Amin. Ada beberapa lagu Fattah Amin ni.. “

” 8 years agooo bapak lama video ni .. ok kt kasi up balik sedap nya lagu ni.. akustik tuuu.. senikatanya buat kita mengalir airmata.. Kejujuran seorang Fattah Amin.. “

” Sedap suaranya boleh la ciptakn 1 lagu utk fatimah anknya yg comel tu lagu tntg cinta seorang ayah.. skali dengar mcm akim ahmad yg nyanyi, high pitch tu bagus dan tak pecah.. “

” Ada peluang hits lagu ni walapun lagu lama kalau dah ramai yang tonton.. suara Fattah ni suara emas wooo.. sekali dengar macam suara dato’ awie pun ye.. “

” Hadehhh…. Seriously betol2 deep lah lagu ni.. sedap suara Fattah menyanyi lagu ni.. tak sumbang dan clear suara tu.. “

” Sedihnya lagu ni, cover lagu Asfan Shah pun helok Fattah ni.. Best jugak lagu ni.. sedap suara Fattah.. suara penuh perasaan.. “

” Suka lagu ni, 1st lagu dengar Fattah menyanyi.. pernah buat jadi ringtone lagi lagu ni dulu haha.. “

Tidak jemu mendengar suara Fattah, nyanyian yang bagus disertai dengan penghayatan sepenuh jiwa. Video lama tetapi ramai yang tersentuh kerana lirik lagu itu sendiri yang seakan kena dengan situasi yang dihadapi oleh Fattah. Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan dan semoga Fattah terus bahagia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Thefa_team

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT