Artis / Selebriti
” Senyap-senyap kahwin, senyap-senyap dah dapat anak.. ” – Netizen
Syafiq Farhain Kongsi Gambar Terbaru Bersama Anaknya Cur1 Perhatian Warganet. Wah Diam-Diam Dah Jadi Ayah Lah. Alahai Comelnya, Nama Pun Sedap. Tahniah Syafiq !!
Sukar untuk melihat penyanyi Syafiq Farhain berkongsi perihal peribadinya di laman sosial. Cukup menjaga privasinya, Syafiq telah pun mendirikan rumahtangga bersama Alia Nadia. Dek kerana perkahwinan Syafiq ini tidak diwar-warkan menyebabkan ramai yang menyangka Syafiq masih bujang.
Meninjau akaun Instagram Syafiq Farhain, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Syafiq bersama anak perempuannya. Dengan kapsyen tertulis ‘ Bunga Abah’, ianya mengakhiri persoalan mengenai statusnya yang kini sudah pun bergelar ayah.
Untuk makluman, bayi perempuan Syafiq ini dilahirkan pada 6 Jun yang lalu. Menurut laporan portal Mstar, bayi ini dinamakan sebagai Nur Eshal Zahra. Syafiq juga mengatakan dia tidak berniat untuk menyembunyikan kisah peribadi cuma belum tiba masanya.

Melihat dari gambar yang dikongsikan, comel sekali baby Eshal. Kulitnya kelihatan kemerah-merahan, tentu berkulit cerah seperti ayah dan ibu. Terpancar kebahagiaan pada wajah Syafiq dengan adanya baby Eshal dalam hidupnya, bertambah kegembiraan Syafiq dan Alia.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sehingga kini, perkongsian ini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Tahniah Syafiq.. Aku sorang je ke tak tahu bila dia kahwin eh.. tahu-tahu dah ada anak.. cute nya baby dia.. mesti macam abah ni.. ”
” Serious la dah kahwin. tak de keluar berita pun dia kawin and xde nmpk kwn2 dia wish tahniah pun haha.. tertinggal keretapi weh aku.. ”
” Aku lagi lah konpius.. sampai aku scroll balik ig dia .. betul ke dia ni dah kawen. anyway tahniah, comel sangat baby.. ”
” Ya Allah dah abah-abah rupanya.. Bila Syafiq kahwin ni.. apa-apa pun tahniah Syafiq.. Big tahniah Abahh… Semoga Bunga menjadi anak solehah.. ”
” Senyap-senyap kahwin, senyap-senyap dapat anak.. semoga Bahagia hingga ke jannah syafiq.. Aamiin.. ”
” Alhamdulillah tahnih syafiq farhain dpt baby comel.. Cute tengok muka baby tu, sipi-sipi tu dah nampak cantiknya dia.. ”
” Dah jadi abah la dia.. saya mat1-mat1 ingatkan Syafiq belum kahwin. tahniah Syafiq dan isteri. Comelnya baby.. ”
” Know-know dah kawen hari tu.. Know-know dah ada baby pulak huhu. Tahniah Syafiq. semoga menjadi bapa mithali.. comel sangat baby.. ”
Alhamdulillah, cik bunga abah yang menjadi penyeri rumah. Tahniah daripada kami di Berita Kopak atas kelahiran Baby Nur Eshal Zahra. Semoga baby Eshal Zahra membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta kebanggaan ibu ayah apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syafiq Farhain, Portal Mstar Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar


