Viral
” Semua suara sedap, argghhh syok dengar suara korang ni.. ”- Netizen
Video Temubual Jep Sepahtu Dan Rahim Bersama Penyanyi-Penyanyi Pentarama Yang Viral Menyanyikan Lagu Ziana Zain, Putus Terpaksa Secara Bergilir-Gilir. Wah Dalam Video Suara Best, Dengar Live Lagi Padu Suara Dia Orang Ni. Yang Penting Bukan Miming Ok !!
Viral beberapa hari yang lalu, sekumpulan artis budaya dari jabatan penerangan Putrajaya yang menyanyi secara bergilir-gilir lagu Putus Terpaksa. Lagu dendangan asal Ziana Zain ini dinyanyikan oleh mereka dengan cukup baik dan sempurna.
Meninjau akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan video temubual penyampai Sinar FM iaitu Jep Sepahtu dan Rahim Sepahtu bersama penyanyi-penyanyi viral ini. Mereka semua dijemput ke konti Sinar sebagai tetamu jemputan.
Bukan main suka lagi Jep dan Rahim dikelilingi ‘bunga-bunga’ yang cantik-cantik semuanya. Untuk makluman, kesemua artis Pentarama ini berusia dalam lingkungan 20-an. Tidak mempunyai nama khas untuk kumpulan mereka dan kata salah seorang daripadanya, mereka membawa nama Pentarama sebagai nama rasmi.

Dalam video ini juga, nyanyian secara live dapat didengari. Begitu lunak dan merdu suara semua penyanyi-penyanyi viral ini. Hanya menyanyi tagline ‘ Layan jer’ secara harmoni pun sudah sedap didengar. Bagi yang tidak tahu, Pentarama ini sudah lama bertapak sejak tahun 1971.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Pentarama ni dah lama sangat dah.. ramai-ramai artis-artis dari pentarama.. Bingit betul tadi mujur nyanyi sedap haha.. ”
” Masa kecik2 dulu sllu kena sc4m.. diorg ckp ada artis popular dtg.. tp tunggu2 xde rupanya yg nyanyi² tu artis2 pentarama.. hihi.. ”
” Kanak-kanak dipanggilnya adeh haha.. Terbaik lah pentarama.. Korang geng penerangan kot, boleh menyanyi dan berlakon semua.. ”
” Cantik-cantik dia orang ni.. Hari tu baca, ada yang kata dieorang miming.. haihhh.. mana brader tu.. harap dia tengok la benda ni.. ”
” Semua suara sedap, argghhh syok dengar suara korang ni.. Padu habis suara masing-masing.. harmoni.. ”
Jep juga ada bertanyakan bagaimana cara untuk dipilih menjadi ahli Pentarama. Tidak mudah untuk diterima dalam Pentarama kerana mereka perlu melalui interview yang memerlukan mereka mempamerkan bakat menyanyi dan berlakon serta macam-macam lagi. Bukan calang-calang orang yang dapat peluang, cuma yang betul-betul ada bakat sahaja yang terpilih.

Apa-apa pun, kehadiran penyanyi-penyanyi viral ini menggamatkan suasana konti. Terbukti mereka semua mempunyai mutu suara yang bagus dan tidak mustahil boleh menjadi bintang terkenal suatu hari nanti. Semoga terus maju jaya dalam kerjaya semuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sempat dia selit nyanyi time pakai lipstik tu, kelakar lah baby ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang chat mak saya macam seolah-olah mak saya tak pandai jaga saya, macam saya dah teruk sangat.. ” – Hadie


