Artis / Selebriti
” Sekali Tom and Jerry pula mummy ni. Dah pandai buat lawak sekarang yer, haha.. ” – Netizen

Video Mas Idayu Ketika Memberikan Komen Persembahan Tom Dan Fuad Dalam Konsert Famili Duo Buat Ramai Terhibur. Amboi Mummy, Dah Pandai Buat Lawak Sekarang Yer. Berdekah Mummy Gelak Lepas Tu, Hehe !!
Pasangan suami isteri, Fuad Rahman dan Tom antara enam pasangan selebriti yang bertanding dalam program realiti Famili Duo musim ke 3. Lima pasangan keluarga lain yang turut bersaing adalah Shila Amzah dan Amir Syahir (adik-beradik), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu), Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik), Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik) dan Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik).
Pada hari Ahad yang lalu, Famili Duo telah memasuki minggu kedua. Menerusi akaun Instagram TV3 telah dikongsikan beberapa video persembahan pasangan selebriti. Antaranya adalah video persembahan daripada Fuad dan Tom yang membawakan lagu bertajuk Istana Menanti dan Kesal.
Selain itu, dikongsikan juga video ketika juri tetap, Mas Idayu sedang memberikan komen persembahan pasangan ini. Namun apa yang mencuit hati apabila Mas Idayu berseloroh memanggil nama Fuad dengan panggilan Jerry selepas selesai memberikan komen kepada Tom.
Perkongsian video itu telah mengundang tawa penonton. Ada yang tak menyangka yang Mas Idayu pandai membuat kelakar seperti itu meksipun sebenarnya Mas Idayu tidak sengaja. Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 1,700 tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain terhibur, rata-ratanya menyukai persembahan Fuad dan Tom pada minggu ini. Antara komen-komen warganet adalah :
” Sekali Tom and Jerry pula mummy ni, dah pandai buat lawak sekarang yer, hahaha.. Terbaik lah persembahan Fuad n Tom mlm ni.. “
” Mesti dia dah lama pendam ni hahaha, sekali terlepas lah,, Hahahaha Ajai pun ketawa dengar mummy salah panggil nama, hahahaha.. “
” Kemain pvnchline mami, hahahahahaha.. Sejak dah kahwin ni, ada nampak mami makin ceria dah tak garang-garang mcam dulu lagi.. “
” Ingat senang ke laki pompuan nk nyanyi key yang sama.. Good job Tom & Fuad.. Teruskan buat yang terbaik untk next week.. “
” Hahahahaha sekali mummy buat lawak, risau pula aku mlm ni takut mengigau bila dengar suara mummy ketawa tu, hahahaa. “
” Sekali dia ketawa meng1lai dah macam h4ntu, hahahahaha.. Part ni memang lawak.. Mummy sejak ada suami, muka berseri-seri je.. “
” Kalau aku pun mesti nak sebut Tom and Jerry juga.. Tapi ni bukan, ni Tom and Fuad. Taka care Tom, tinggi betul kasut tu, risau awak tu tgh mengandung.. “
Amboi mummy boleh pula tersasul sebut Tom and Jerry. Ajai yang duduk sebelah pun berdekah ketawa mendengar mummy cakap. Apa-apa pun ianya sekadar gurauan dan Mas Idayu juga ada memuji nyanyian Tom dan Fuad. Semoga Fuad dan Tom akan terus membuat persembahan yang terbaik pada minggu hadapan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG tv3malaysia, Tiktok tv3malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen